Skip to content

J.W ANDERSON DAN UNIQLO BERKOLABERASI

Kongsikan artikel ini

Jonathan Anderson merupakan pereka fesyen terbaru yang dijemput oleh jenama fesyen terbesar Jepun Uniqlo untuk bekerjasama menghasilkan magic seperti yang pernah dilakukan oleh Carine Roitfeld, Jil Sander, Christophe Lemaire, dan juga Inès de la Fressange. Dengan kolaborasi sebegini dan stail timeless Uniqlo yang unik, jenama fesyen ini mampu melonjakkan namanya jauh daripada label fast fashion.

Anderson akan mereka satu koleksi kapsul dengan sentuhan tradisi British Isles untuk pakaian lelaki dan wanita Uniqlo. Koleksi ini dijangka akan berada di pasaran menjelang musim luruh 2017. Anderson juga merupakan pengarah kreatif untuk jenamanya sendiri dan juga Loewe.

“Kolaborasi adalah sangat penting dalam rekaan. Apabila saya fikirkan Uniqlo, saya membayangkan benda-benda yang dihasilkan dengan sempurna, yang orang sudah meluangkan banyak masa untuk menghasilkannya; ianya tugas yang sukar, dan saya rasa Uniqlo melaksanakannya dengan sangat baik,” terang Anderson dalam satu kenyataan.

“Bekerjasama dengan Uniqlo mungkin merupakan landasan paling demokratik dalam dunia fesyen, dana saya berasa gembira rekaan saya boleh dibeli oleh sesiapa sahaja, tidak mengira taraf.”

Lima tahun yang lalu, Anderson pernah berkolaborasi dengan Topshop untuk menghasilkan koleksi aksesori dan pakaian wanita dan koleksi tersebut laris dijual dalam sekelip mata. Wow us, Anderson.

Sumber: GLAM Malaysia

By Wan Firdaus
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

Uniqlo trx

APA YANG MENARIK DI STOR UNIQLO TERBESAR MALAYSIA DI THE EXCHANGE TRX?

Bacaan Lanjut

EVOLUSI GAYA FESYEN TROYE SIVAN

Bacaan Lanjut

Uniqlo Kolaborasi Dengan Clare Waight Keller Lancar Koleksi Uniqlo : C

Bacaan Lanjut
CHRISTINNA KUAN, HUN HAQEEM & GUESS

CHRISTINNA KUAN, HUN HAQEEM & GUESS

Bacaan Lanjut
Pharrell Williams Louis Vuitton

PHARRELL WILLIAMS DILANTIK SEBAGAI PENGARAH KREATIF LELAKI LOUIS VUITTON

Bacaan Lanjut
IKON FESYEN TAMPIL UNTUK VERSACE SS23

IKON FESYEN TAMPIL UNTUK VERSACE SS23

Bacaan Lanjut