GAYA HIKING
APRIL 2016
HIKING MENJADI ANTARA AKTIVITI LASAK KEGEMARAN GENERASI MASA KINI. SELAIN PERLU ARIF TENTANG SELOK-BELOK CARA HIKING, STAIL KALA MENDAKI PUN PERLU DIUTAMAKAN. BERTUNJANGKAN HELAIAN MUSIM BUNGA 2016, GLAM LELAKI PAPARKAN EMPAT GAYA SUAI PADAN MESTI CUBA PABILA MENEROKAI ALAM SEKITAR
CORAK NAVAJO
Cadangan kami, pakai baju henley corak Navajo sebagai tunggak gaya dan padankan ia dengan kemeja denim (di dalam) dan quilted vest sebagai penyudah gaya. Pada masa sama, taklah nampak ‘over’ kalau nak gayakan baju bercorak semasa memanjat gunung. Suai padan ini nampak rugged juga sangat bergaya. Inilah gaya lelaki sebenar.
HIJAU MILITARI
Stail ini dicedok melalui pakaian seragam askar, di mana warna hijau militari dijadikan inspirasi utama. Tidak akan pudar trend hijau militari dalam arena fesyen lelaki. Tapi kami ubah sedikit keterampilannya dengan memadankan ia dengan seluar pendek kargo serta T-shirt kolar bagi menyuntik elemen ‘stand out’. Lagipun, lelaki masa kinikan suka bergaya ‘stand out’, jadi inilah teknik terbaik. Masih mementingkan keperluan hiking, sarung but hiking yang diperbaharui rekaan ciptaan Timberland ini.
JAKET WINDBREAKER
Apa perlu pack kala hiking? Pastikan jaket windbreaker dibawa. Selain berfungsi sebagai pelindung badan dan mengimbangkan suhu badan, ia turut bertindak sebagai stylish outerwear. Mencerminkan maskuliniti dan ketara sekali sifatnya benar lasak. Sama seperti matlamatnya, jaket windbreaker Timberland ini mementingkan faktor praktikaliti buat individu gemar melakukan aktiviti luar. Jaket windbreaker ini boleh juga dipakai dengan helaian tailored lain. Misalnya, sut dan kemeja formal. Ternyata ia pelaburan fesyen paling bijak.
CAMO IS ALWAYS IN
Saban musim, trend camo masih mengungguli pentas peragaan menswear terutamanya rekaan musim panas. Ternyata, corak camo tidak pernah luntur menjadi kegemaran stail lelaki. Menyesuaikan dengan keperluan aktiviti hiking, jaket quilted camo ini sememangnya sempurna dipakai sepanjang melakukan akvitivi lasak. Sekiranya memanjat gunung di kawasan bersuhu sejuk lampau, jaket ini pasti menjamin keselesaan anda. Tambahan pula, ia dihiasi corak camo lantas mencorakkan stail generasi baru.
Tags
Artikel Yang Berkaitan
RAIKAN AIDILFITRI DENGAN KOLEKSI BAJU RAYA PILIHAN GLAM LELAKI
Debaran kian terasa, kita sudah semakin hampir dengan perayaan Hari Raya Aidilfitri yang akan tiba tidak lama lagi. Pasti ada di antara anda yang masih buntu untuk mencari baju raya yang tepat untuk melengkapkan penampilan Hari Raya dengan penuh bergaya.
LEONARDO DICAPRIO & VITTORIA CERETTI CETUS SPEKULASI PERTUNANGAN DENGAN CINCIN BERLIAN
Leonardo DiCaprio dan Vittoria Ceretti meniup khabar angin pertunangan apabila model Itali itu dilihat memakai cincin baru di jari manisnya.
PUTERA HARRY TERKAIT DALAM SAMAN SERANGAN SEKSUAL SEAN ‘DIDDY’ COMBS
Putera Harry pernah merakam foto bersama Diddy selepas mogul hip hop itu membuat persembahan di Concert of Diana pada 2007.
ROBERT PATTINSON & SUKI WATERHOUSE RAHSIAKAN KELAHIRAN ANAK SULUNG
Pasangan merpati dua sejoli, Robert Pattinson dan Suki Waterhouse baru saja menerima kehadiran orang baru dalam hidup mereka.
GANDINGAN HEBAT HATTAN & JAMAL ABDILLAH UNTUK ‘KEPADAMU KEKASIH SIMFONI RAMADAN’
Sempena bulan Ramadan, sebuah konsert berkonsep kerohanian bakal diadakan yang menyaksikan kolaborasi mantap Dato’ Hattan dan Dato’ Jamal Abdillah.
MENGAPA TOM CRUISE TIDAK LAGI DIBENARKAN MEMBELI BUGATTI?
Segalanya berpunca daripada satu insiden yang berlaku di tayangan perdana Mission Impossible 3 pada 2006.