GIORGIO ARMANI AUTUMN/WINTER 2017-2018
Usia tidak mengehadkan inovasi. Kini di umur 82 tahun, pereka Giorgio Armani, maestro sut lelaki urban, masih mampu menjana idea-idea baru biarpun sudah lebih 40 tahun mengemudi hala tuju jenamanya di pentas fesyen global.
Untuk musim luruh dingin 2017, hampir 100 looks Giorgio Armani diperagakan di pentas Minggu Fesyen Milan. Berpaksikan signature si pereka, yang menjulang siluet jaket lembut dengan keselesaan seluar berlisu, Armani menghidupkan semula acuan gaya maskulin elegan era ’80-an dalam versi lebih menepati alaf baru.
Antara inovasi unik hadir dalam bentuk ‘sleeve scarves’, yakni skarf lilit yang boleh disarungkan ke dalam tangan seperti lengan baju, digarapkan dalam material fur dan knit bertekstur. Stail 3-piece suit diperbaharui dengan menggantikan waistcoat dengan hoodie untuk penampilan lebih muda, atau sporty chic. Item wajib-milik lelaki moden, jaket bomber, turut diubahsuai agar tampak lebih sartorial dan versatil.
Koleksi musim luruh dingin ini juga memberi fokus pada eksplorasi tekstur, melalui pilihan fabrik seperti marled wool dan paduan bulu kait berpetak. Proses inovasi tekstil diaplikasikan untuk mencipta efek 3D pada olahan corak. Material Neoprene diperbaharui dengan satu proses pengelompokan untuk menghasil tekstur seakan-akan baldu.
Himpunan aksesori seperti beg dan kasut menampakkan pertemuan antara gaya formal dengan stail yang lebih aktif, dengan hiking boots dikemaskan dalam kulit mewah misalnya, dan slip-ons baldu dalam rekaan mendekati gaya sporty. Idea fusion sebegini – yang lama bertemu yang baru, yang kasar bertemu yang lembut, yang kasual bertemu yang formal – membentuk kod gaya baru Giorgio Armani untuk lelaki alfa alaf baru.
[/tps_header]Giorgio Armani, Autumn/Winter 2017. Gambar ihsan Giorgio Armani.
Tags
Artikel Yang Berkaitan
15 GAYA SELEBRITI LELAKI TERBAIK DI PARIS FASHION WEEK FALL 2024
Siapakah selebriti lelaki yang mencuri perhatian dengan gaya menswear terbaik ketika Paris Fashion Week Fall 2024 di kota fesyen Perancis kali ini?
5 SEBAB ANDA PERLU MELENGKAPKAN GEROBOK WORKWEAR ANDA DENGAN UNIQLO MIRACLE AIR
Dengan keadaan cuaca yang sentiasa panas dan lembap, UNIQLO Malaysia memperkenalkan Miracle Air, koleksi pakaian workwear yang ringan, selesa, bebas-kedut dan cepat kering untuk mengelevasi gaya profesional anda ke pejabat.
25 GAYA MENSWEAR SELEBRITI LELAKI TERBAIK DI MILAN FASHION WEEK 2024
Siapakah selebriti lelaki yang mencuri perhatian dengan gaya menswear terbaik ketika Milan Fashion Week 2024 di kota fesyen Itali kali ini?
SISLEY BUKA STOR FLAGSHIP PERTAMA DI MALAYSIA
Label fesyen Itali, Sisley melancarkan stor flagship pertama di Malaysia yang terletak di Pavilion Kuala Lumpur.
30 GAYA SELEBRITI LELAKI TERBAIK DI FASHION WEEK MENSWEAR 2024
Siapakah selebriti lelaki yang mencuri perhatian ketika menghadiri Fashion Week Menswear 2024 di kota Milan dan Paris kali ini?
LIVESTREAM – SAKSIKAN PEMENTASAN VALENTINO LE CIEL MEN FALL/WINTER 2024 DI SINI
GLAM Lelaki membawakan pertunjukan Valentino Le Ciel Men Fall/Winter 2024 oleh Pengarah Kreatif, Pierpaolo Piccioli. Saksikan secara livestream pada 21 Januari 2024 bersempena Minggu Fesyen Paris.