Skip to content

IDENTITI & TRADISI TIDAK TERUSIK. INI 5 JENAMA BAJU MELAYU 2019 PILIHAN GLAM LELAKI

Kongsikan artikel ini
2 of 6

DILRAF EXCLUSIVE – ENGGAN IMEJ ‘KEMELAYUAN’ TERUS HILANG

GLAM Lelaki: Kongsikan serba sedikit tentang diri anda?

JAMADIL MOHD: Pertama sekali terima kasih kepada pihak GLAM Lelaki kerana sudi menampilkan saya. Baiklah nama penuh Mohd Jamadil Mohd, berusia 25 tahun dan berasal dari Dungun, Terengganu. Anak ke-13 dari 16 orang adik beradik. Merupakan bekas pelajar Diploma Rekabentuk Grafik dan sekarang belajar secara jarak jauh (E-PJJ) dalam bidang Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Pemasaran, Universiti Sains Malaysia.

Jamadil Mohd, Pengasas DILRAF Exclusive

GLAM Lelaki: Kongsikan idea di sebalik lahirnya jenama baju melayu anda ini? Kenapa baju melayu?

JAMADIL MOHD: Sebenarnya saya memang berminat menjalankan perniagaan. Memandangkan saya pelajar rekacipta dan pemasaran, saya rasa bidang  merupakan perniagaan pakaian merupakan bidang yang sesuai. Hanya dengan angan dan lakaran, saya mula serius untuk mengusahakan perniagaan ini. Ambil masa setahun juga untuk saya mengaji dan belajar apa yang patut sebelum memulakan perniagaan ini secara serius.

GLAM Lelaki: Inspirasi dan identiti koleksi ini di mata anda?

JAMADIL MOHD: Dilraf Exclusive setakat ni hanya mengeluarkan pakaian lelaki dan koleksi baju melayu slimfit adalah produk utama, namun kami juga mengeluarkan kurta dan jubah. Kami mengemaskini design dan cutting supaya tampak kemas segak dan terletak pada pemakai. Beberapa bahgian diubah supaya nampak kemas dan moden namun masih kekalkan identiti baju melayu itu sendiri. Sebarang perubahan design baju melayu cukup saya tekankan supaya ciri tradisonal dan klasik baju melayu dikekalkan. Tak maulah sampai hilang imej baju melayu itu sendiri.

GLAM Lelaki: Keistimewaan koleksi baju melayu ini berbanding jenama-jenama lain di luar sana?

JAMADIL MOHD: Baju melayu kami masih mengekalkan ciri tradisonal tetapi dalam potongan moden yang lebih kemas dan klasik. Oleh kerana ia direka lebih slimfit atau smart fit, kami sertakan sekali zip sembunyi pada kedua-dua lengan dan juga sisi baju supaya mudah dipakai dan senang untuk ditanggalkan. Koleksi ini juga saya bekalkan secara percuma setiap pembelian baju melayu dengan butang Diamond Exclusive dan juga sapu tangan. Tersedia dengan tujuh warna menarik, malah baja melayu kami juga sesuai untuk pengantin dan mereka yang ingin bernikah atau bersanding.

GLAM Lelaki: Harapan anda pada koleksi ini?

JAMADIL MOHD: Harapan saya agar koleksi ini agar mendapat sambutan penuh dan berjaya memikat hati pembeli, termasuk jenama Dilraf Exclusice untuk lebih dikenali. Alhamdulillah sambutan agak baik. Kami menjual secara online dan di booth kami yang dibuka di Putrajaya. Untuk atas talian, anda boleh layari Instagram kami di @dilrafexclusive dan Facebook: Dilraf Exclusive.

2 of 6

By Wan Firdaus
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

FILEM MENARIK WAJIB TONTON DI PAWAGAM SEPANJANG APRIL 2024

FILEM MENARIK WAJIB TONTON DI PAWAGAM SEPANJANG APRIL 2024

Bacaan Lanjut

RAIKAN AIDILFITRI DENGAN KOLEKSI BAJU RAYA PILIHAN GLAM LELAKI

Bacaan Lanjut
LEONARDO DICAPRIO & VITTORIA CERETTI CETUS SPEKULASI PERTUNANGAN DENGAN CINCIN BERLIAN

LEONARDO DICAPRIO & VITTORIA CERETTI CETUS SPEKULASI PERTUNANGAN DENGAN CINCIN BERLIAN

Bacaan Lanjut
PUTERA HARRY TERKAIT DALAM KES SAMAN SERANGAN SEKSUAL SEAN ‘DIDDY’ COMBS

PUTERA HARRY TERKAIT DALAM SAMAN SERANGAN SEKSUAL SEAN ‘DIDDY’ COMBS

Bacaan Lanjut
ROBERT PATTINSON & SUKI WATERHOUSE RAHSIAKAN KELAHIRAN ANAK SULUNG

ROBERT PATTINSON & SUKI WATERHOUSE RAHSIAKAN KELAHIRAN ANAK SULUNG

Bacaan Lanjut
GANDINGAN HEBAT HATTAN & JAMAL ABDILLAH UNTUK ‘KEPADAMU KEKASIH SIMFONI RAMADAN’

GANDINGAN HEBAT HATTAN & JAMAL ABDILLAH UNTUK ‘KEPADAMU KEKASIH SIMFONI RAMADAN’

Bacaan Lanjut