KISAH INSPIRASI KHALIL RAFATI, DARI GELANDANGAN KINI JUTAWAN

Oleh Wan Mohd Firdaus Basaruddin

Tiga belas tahun yang lalu, seorang lelaki gelandangan Amerika Syarikat bernama Khalil Rafati hidup dalam keadaan yang sangat susah di Los Angeles. Miskin, merempat malah tiada tempat tinggal. Bukan itu sahaja, Khalil juga terjerumus dalam gejala dadah, heroin dan arak. Sewaktu itu, beratnya hanya 106 kg.

capturecda

Khalil Rafiti, sebelum (kiri) dan selepas (kanan).

Tidak lama kemudian, hidupnya berubah 360 darjah. Khalil bukan lagi seperti dahulu. Kini dia adalah seorang jutawan dan pemilik rantaian bar jus  SunLife Organics. Kisah hidupnya dari seorang gelandangan dan kini jutawan turut dibukukan dalam sebuah buku inspirasi berjudul I Forgot to Die. Buku ini menceritakan kisah jatuh bangun dan perjalanan hidup bagaimana Khalil berjaya mengubah hidupnya.

Now available on Amazon!! Purchase using link above or search Amazon for "I Forgot to Die by Khalil Rafati"

A photo posted by I Forgot to Die, Khalil Rafati (@iforgottodiebook) on

“Saya hampir meninggal dunia akibat dos berlebihan (OD) dan turut pernah dipenjarakan. Semenjak dari itu, saya nekad untuk kembali mengatur semula kehidupan saya”, jelas Khalil dalam satu temubual.

Selepas tidak lagi terjebak dalam kancah arak dan dadah, Khalil mengasaskan Riviera Recovery, sebuah pusat perubatan fasiliti traditional untuk penagih dadah dan alkohol yang ingin kembali ke pangkal jalan. Namun, suatu insiden telah memberikan harapan baru buatnya.

Best birthday ever!!!

A photo posted by I Forgot to Die, Khalil Rafati (@iforgottodiebook) on

Kawan Khalil memperkenalkan cara untuk membuat jus dan makanan tambahan berkhasiat kepadanya. Dari situ, Khalil mendapat idea dan mula aktif membuat smoothie sendiri lalu menjual kepada pesakit-pesakitnya. Jus smoothie yang diciptanya itu bertujuan bagi meredakan obsesi dan ketagihan pesakit akan pengambilan dadah dan arak, malah ia membantu dalam mengatasi kelesuan.

Check out the SunLife brand video (link in bio) if you haven't already! Thank you, friends for an incredible journey together!

A photo posted by I Forgot to Die, Khalil Rafati (@iforgottodiebook) on

Tanpa diduga, permintaan terhadap jus itu semakin laris berikutan rasanya yang sangat sedap. Ramai yang hadir ke pusat pemulihan Khalil semata-mata hanya untuk membeli jus tersebut. Lalu Khalil membuat keputusan untuk membuka jus barnya sendiri yang bernama SunLife Organics yang kini sudah mempunyai 6 kedai rangkaian di sekitar Los Angeles dan semakin berkembang.

Dari gelandangan, kini Khalil sudah menjadi seorang jutawan. Ya, in this world nothing is impossible!

Tags: , , , ,

Copyright © 2017. Blu Inc Media Sdn Bhd (7408-K). Hak Cipta Terpelihara.