JAVIER BARDEM & DEV PATEL X ERMENEGILDO ZEGNA SPRING 2018

Ermenegildo Zegna meraikan pembukaan tahun ini dengan kempen Spring/Summer 2018 dengan “Defining Moments”. Kempen ini menyaksikan dua pelakon handalan kelas-A Hollywood, Javier Bardem dan Dev Patel bergabung dalam memperagakan koleksi terkini. Kedua-dua mereka beraksi kasual di bukit sekitar Los Angeles California di mana gambar mereka dirakam secara ekslusif di tangan jurugambar terkenal Craig McDean.
Jelas dalam kempen ini, Bardem dan Patel menikmati keintiman dalamperbualan mereka: sama ada membincangkan seni sukan atau kuasa prosa, setiap saat ditandai dengan ketawa dan ketenangan mereka yang cukup mengasyikkan.
Saksikan momen-momen emas yang sempat ditangkap oleh Craig. Kelihatan kedua mereka cukup santai dengan koleksi ini yang lebih menjurus kepada konsep smart kasual ‘game vs sport’ yang sudah sebati dengan jenama Ermenegildo Zegna.

Oleh Wan Mohd Firdaus, 26 Februari 2018

Tags: , , , , ,

Copyright © 2017. Blu Inc Media Sdn Bhd (7408-K). Hak Cipta Terpelihara.