Skip to content

JIMMY CHOO KINI KEPUNYAAN MICHAEL KORS

Kongsikan artikel ini

Dunia fesyen digemparkan dengan berita pembelian jenama mewah Jimmy Choo dengan harga AS$1.7 bilion (RM7.3 bilion). Sekitar tahun lalu, Jimmy Choo, yang terkenal dengan jenama kasut dan aksesori stiletto, meletakkan jenamanya untuk dijual pada April lalu kerana majoriti pelabur JAB akan meningkatkan fokus kepada barangan pengguna.

Di dalam terma perjanjian yang dimaterai, Michael Kors akan membayar 230 pence secara tunai untuk setiap saham Jimmy Choo – iaitu jumlah premium 36.5 peratus daripada harga sahamnya sebelum proses penjualan diumumkan. Pembelian ini berikutan krisis Michael Kors yang dikatakan sedang bergelut dengan penurunan jualan pada suku awal tahun ini.

Berdasarkan laporan NYTimes, khabarnya banyak jenama mewah termasuk Michael Kors mengalami penurusan jualan pada awal tahun ini, berikutan trend masa kini menunjukkan pengguna telah berlaih kepada pembelian secara dalam talian seperti Amazon, jenama fesyen yang lebih ringkas seperti H&M dan juga Zara.

Michael Kors yang diasaskan sejak 1981 dan berpusat di New York, kini dalam perancangan mengeluarkan produk pakaian untuk lelaki dan perempuan serta melabur dalam perniagaan atas talian.

Sumber: Awani / MyNewsHub

Oleh Wan Mohd Firdaus, 26 Julai 2017

By Wan Firdaus
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

DRIES VAN NOTEN UCAP SELAMAT TINGGAL KEPADA PENTAS FESYEN

DRIES VAN NOTEN UCAP SELAMAT TINGGAL KEPADA PENTAS FESYEN

Bacaan Lanjut
Uniqlo miracle air

5 SEBAB ANDA PERLU MELENGKAPKAN GEROBOK WORKWEAR ANDA DENGAN UNIQLO MIRACLE AIR

Bacaan Lanjut
Sisley Malaysia

SISLEY BUKA STOR FLAGSHIP PERTAMA DI MALAYSIA

Bacaan Lanjut

LIVESTREAM – SAKSIKAN PEMENTASAN VALENTINO LE CIEL MEN FALL/WINTER 2024 DI SINI

Bacaan Lanjut
Aiman Hakim Ridza

“MEN ARE MADE HOW MEN SHOULD BE.” – AIMAN HAKIM RIDZA, GLAM LELAKI JANUARI 2024

Bacaan Lanjut

ONITSUKA TIGER RAI ULANG TAHUN KE-75 BERSAMA ASTRO BOY

Bacaan Lanjut