JON HAMM X EMIDIO TUCCI FALL ’17

Tiada siapa dapat mempertikaikan aura dan karismatik pelakon Jon Hamm. Lihat saja impak lakonannya yang bersahaja melalui siri TV hit, Mad Men. Beliau ternyata hebat dalam membawakan watak Don Draper yang ikonik itu. Selain di layar kaca, Jom Hamm turut meminjamkan personalitinya untuk kempen fesyen terbaru untuk jenama terkenal Emidio Tucci untuk koleksi musim luruh 2017.

Menggayakan variasi pakaian lelaki yang klasik dan tidak makan dek zaman, Jom tampak kacak menyarung dari helaian baju panas turtleneck sehinggalah ke trench coat. Saksikan video eksklusif aksi Jon menerusi pautan video di bawah.

 

Tags: , , ,

Copyright © 2017. Blu Inc Media Sdn Bhd (7408-K). Hak Cipta Terpelihara.