JOSEPH SCHOOLING BINTANGI KEMPEN BOSS WASHABLE SUIT

Jenama terkemuka, BOSS bekerjasama erat dengan perenang emas Olimpik Joseph Schooling untuk kempen terbaru mempromosikan sut yang mudah dan boleh dicuci. Yang pasti, jenama Jerman ini berterusan tradisi lama menawarkan koleksi dengan jahitan tajam dan kemas untuk koleksi sut istimewa ini khusus untuk lelaki moden dan styslish di luar sana. Memenuhi tuntuan seorang lelaki BOSS yang sentiasa sibuk dan on-the-go, washable sut dari BOSS ini selamat untuk dibasuh dalam mesin.

Sut yang boleh dibasuh ini secara ekslusif mempunyai jaket  tidak bercantum yang kemas dan lembut, dan mudah dilucutkan untuk kesesuaian yang selesa, selain seluar nya disesuaikan dengan jaket memudahkan padanan dengan item lain untuk digayakan.

Bertepatan dengan pemilihan Joseph sebagai seorang perenang berpengalaman malah handal di dalam air, persona dan karisma yang dibawa beliau cerminan ekslusif sut boleh dibasuh ini untuk BOSS.

Oleh Wan Mohd Firdaus, 1 Ogos 2018

Tags: , , ,

Copyright © 2017. Blu Inc Media Sdn Bhd (7408-K). Hak Cipta Terpelihara.