KANYE WEST X ADIDAS YEEZY BOOST 350 V2
Penyanyi rap terkenal, Kanye West baru-baru ini mengumumkan kolabrasi beliau bersama jenama pakaian sukan terkenal Adidas, melancarkan kasut khas yang diberi nama YEEZY BOOST 350 V2 yang bakal dijual secara rasmi mulai 29 April ini di seluruh dunia. Memperkenalkan ciri material kait eksklusif Primeknit berwarna krim putih, ia dicipta khas menggunakan teknologi kejuruteraan Adidas terkini yang mampu memeluk struktur kaki seperti kulit kedua kepada kaki pemakai.
Tapak kasutnya pula direka dan dilengkapi dengan teknologi BOOST™ oleh Adidas berfungsi membekalkan keselesaaan kepada individu, malah meningkatkan prestasi serta kelihatan lebih bergaya. Yang menariknya, ia menggabungkan teknologi maju janaan Adidas sendiri dengan karakter estetika klasik.
Pada tahun lepas, kerjasama Adidas dan Kanye West telah melahirkan versi hitam untuk kasut ini. Dan pada tahun ia, fungsi dan cirinya diperbaharui dan didatangkan dengan warna krim putih yang menyerlahkan penampilan si pemakai. YEEZY BOOST 350 V2 bakal dijual dengan harga RM990, dan pembeli yang berminat boleh mendapatkannya dengan menekan link ini.
Oleh Wan Mohd Firdaus, 27 April 2017
Tags
Artikel Yang Berkaitan
ADIDAS MALAYSIA MENGUASAKAN KOMUNITI KREATIF LOKAL DENGAN ‘HOME OF CLASSICS’
adidas Malaysia membawakan “Home of Classics” dengan acara berasaskan muzik untuk mengangkat bakat tempatan dan komuniti kreatif di REXKL.
APAKAH KELEBIHAN ADICLUB BUAT PEMINAT ADIDAS DI MALAYSIA?
Ahli adiClub di Malaysia akan mendapat pelbagai ganjaran, serta menyertai adiClub Members Week yang akan diadakan pada 27 April hingga 7 Mei 2023.
10 KASUT RAYA PILIHAN GLAM LELAKI 2023
Kasut raya adalah antara aksesori dan keperluan seseorang lelaki. Kasut juga memainkan peranan besar bagi menonjolkan lagi kekemasan dan alfanya seorang lelaki untuk raya 2023 ini.
SENARAI BILIONAIR FORBES 2023: KANYE WEST TERCICIR, RIHANNA TERGELINCIR
Forbes telah mengeluarkan senarai bilionair 2023 sekali gus meletakkan noktah pada penantian peminat yang mahu melihat siapakah artis tersenarai tahun ini.
KANYE WEST AKHIRI ZAMAN DUDA DENGAN PEREKA YEEZY
Kanye West mengejutkan peminat apabila dilaporkan telah berkahwin dengan 'klon' Kim Kardashian, Bianca Censori dalam sebuah majlis rahsia.
KANYE WEST KECAM SELEBRITI BERHUBUNG KEMPEN KONTROVERSI BALENCIAGA
Balenciaga mengundang kecaman dunia apabila menampilkan iklan berunsur seksual yang melibatkan seorang kanak-kanak.