KEBERANIAN DALAM BERSUARA CALVIN KLEIN DALAM KEMPEN ‘I SPEAK MY TRUTH’

Wajah-wajah masa kini disunting Calvin Klein untuk ditampilkan dalam siri kempen iklan I SPEAK MY TRUTH #MYCALVINS musim baru. Percaya kepada hak kebebasan bersuara, Calvin Klein menderetkan daya kreatif tiap wajah wakilan dengan cara mereka tersendiri. Dan mereka berkongsi pendapat dan berpeluang menonjolkan personaliti dan pengisahan sebenar mereka buat rujukan peminat.

Penghias kempen yang dilantik memiliki latar belakang, personaliti dan rupa yang berbeza bagi menguatkan lagi tema kempen yakni diversifikasi. Perkongsian mereka ternyata mengubah hala tuju Calvin Klein yang kreatif dan berkarisma. A$AP Rocky, Billie Ellish, Troye Sivan, Yoo-Ah In, Bella Hadid dan Chika antara barisan baru yang menghiasi kempen tersebut. Masing-masing menyarung rekaan Calvin Klein terbaru. Penghasilan imej kempen disempurnakan oleh jurugambar, Mario Sorrenti manakala arahan video kempen oleh Jonas Lindstroem. Kempen ini sudah mula tersiar bermula 9 Mei 2019 di tiap platform digital termasuk YouTube rasmi Calvin Klein.

WAJAH-WAJAH CALVIN KLEIN

1 of 5

1 of 5



Copyright © 2017. Blu Inc Media Sdn Bhd (7408-K). Hak Cipta Terpelihara.