KELAINAN SANDALS MENAWAN JEROME & TERRY

Dalam gah berfesyen, jangan dilupa pada aksesori yang nyata memberikan impak buat sang pemakai. Aksesori yang dimaksudkan adalah kasut mahupun sepatu. Jerome & Terry hadir dalam pasaran fesyen menawarkan koleksi kasut yang bukan saja selesa namun menawan. Jom baca temubual kami bersama Tom Nadzrin dan Jerry, dua pengasas jenama tempatan yang kian gah ini.

GLAM Lelaki: Kongsikan serba sedikit tentang perniagaan Jerome & Terry? Bagaimana ia bermula, idea siapa, di sebalik nama, bila ditubuhkan dll?

JEROME & TERRY: Jerome & Terry adalah jenama tempatan yang diilhamkan oleh 2 (dua) anak muda untuk memberi kepelbagaian dalam berfesyen kepada lelaki . Produk kami lebih kepada sandals dan gladiator, kerana ia adalah minat kami. DIilhamkan sejak 3 tahun lepas tetapi direalisasikan pada tahun lepas, jenama ini menjadi pembuka mata kepada penggemar fesyen tempatan yang gemar bereksperimen dalam ketrampilan harian mereka. Jerome & Terry ini adalah gabungan dua nama sahabat baik ini dengan harapan lelaki di luar sana mempunyai pilihan footwear pada nilai yang berpatutan, tetapi kualiti yang tinggi dan tersendiri.

GLAM Lelaki: Kenapa kasut mahupun sepatu?

JEROME & TERRY: Kerana ia sangat versatil, tetapi kita selalu terlepas pandang mengenai impak yang diberi kepada si pemakai . Sebagai contoh, anda segak bergaya dengan busana baju melayu klasik serta bersamping songket yg mahal, tetapi disaat akhir anda sedar, anda hanya mempunyai canvas shoe atau selipar sahaja untuk dipadankan. Sandal juga lebih praktikal untuk digayakan ketika anda pergi bercuti diluar negara tanpa perlu membawa beberapa pasang kasut untuk digayakan dengan pakaian yang anda bawa. Kami juga melihat potensi besar didalam bidang ini tetapi tidak banyak dipelopori oleh orang tempatan selain itu ia juga disebabkan minat kami yang mendalam didalam footwear , bak kata pepatah: if you do what you love , you will never work a day in your life.

GLAM Lelaki: Apakah keistimewaan kasut Jerome & Terry?

JEROME & TERRY: Kasut kami mempunyai signature tapak yang tebal, agar pemakai lebih tampil yakin dengan penampilan mereka. Selain itu, kami mempunyai rekaan yang agak playful tetapi maskulin dan suka bermain dengan warna, cuma pada kadar yang selamat dan masih mengekalkan ciri maskulin.

GLAM Lelaki: Apakah misi yang dibawa oleh Jerome & Terry?

JEROME & TERRY: Misi kami adalah untuk melihat jejaka di luar sana berani untuk tampil berlainan dan tidak hanya memakai selipar kemana sahaja. Kami mahukan sandal yang lebih selesa, dan sesuai untuk dipakai di mana mana majlis, mahupun untuk berlibur.

GLAM Lelaki: Perancangan untuk meluaskan perniagaan Jerome & Terry dalam tempoh akan datang?

JEROME & TERRY: Perancangan kami adalah untuk mengeluarkan lebih banyak lagi koleksi dan berkolobrasi bersama pereka lain sama ada diluar negara mahupun didalam negara. Kami juga merancang untuk mengeluarkan variasi footwear yang berlainan, sesuai dengan pasaran sasaran kami. Kami juga dalam perbincangan dengan beberapa pihak untuk melebarkan sayap di beberapa negara jiran.

GLAM Lelaki: Harapan untuk Jerome & Terry?

JEROME & TERRY: Harapan kami agar Jerome & Terry bukan sahaja menjadi kebanggaan kepada kami, malah untuk rakyat Malaysia. Kami mahu jenama ini membawa nama Malaysia dan fesyen tempatan ke aras yang lebih tinggi. Fesyen di Malaysia telah mempunyai tempat di mata dunia, dan kami berharap agar jenama ini juga mampu mengharumkan nama negara kita dalam bidang ini.

#PROMOSI!

Ingin tampil lebih bergaya pada hari raya nanti? Jom menangi sandal raya menawan dari @jeromeandterry yang bernilai antara RM100 hingga RM125. Apa yang perlu anda lakukan adalah :

1. Like, follow dan subscribe Facebook, Instagram dan YouTube @glamlelaki
2. Follow Instagram @jeromeandterry,
3. Sertakan hashtag #GLAMLelakiXJeromeAndTerry 
4. Repost gambar ini dan tag 3 rakan untuk menyertai .

Pastikan akaun anda di mod public ya. Tarikh tutup penyertaan 10 Jun 2018. All the best! 

Oleh Wan Mohd Firdaus, 30 Mei 2018

 

Tags: , , , ,

Copyright © 2017. Blu Inc Media Sdn Bhd (7408-K). Hak Cipta Terpelihara.