Skip to content

KIT HARINGTON X DOLCE & GABBANA ‘THE ONE’

Kongsikan artikel ini

Anda peminat siri tv popular The Game of Thrones? Sudah pasti anda mengenali siapa Kit Harington bukan? Anak kelahiran London itu baru-baru ini disunting sebagai wajah eksklusif  jenama popular Itali, Dolce & Gabbana untuk kempen wangian terbaru, The One. Kacak bergaya dengan persalinan three-piece suit, kempen ini menyaksikan telatah segak Kit sebagai the muse, tampil dalam gaya hidup Sikilian Italian sambil beramah mesra bersama dengan penduduk tempatan.

Untuk kempen kali ini, Dolce & Gabbana mendapat bidikan istimewa dari jurugambar terkenal Luca Morelli. Malah video ekslusif kempen ini dirakam oleh pengarah terkenal Matteo Garrone (Gomorrah). Dengan frasa “Dolce & Gabbana: The One, for men,”, wangian ini mengabungkan bahan-bahan terbaik seperti ketumbar, basil dan anggur.

Yang menariknya, Kit tidak tampil keseorangan di dalam projek khas ini di mana dirinya turut ditemani oleh pelakon wanita jelita merangkap cast members siri TV TGOT, Amelia Clarke yang turut menyerlahlah komposisi wangian The One buat wanita. Saksikan video eksklusif kempen ini melalui pautan di bawah.

Oleh Wan Mohd Firdaus, 9 September 2017

 

By Wan Firdaus
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

Henry Jacques Malaysia

HENRY JACQUES MEMPERKENALKAN WANGIAN BERHARGA RM45,000

Bacaan Lanjut

12 WANGIAN PILIHAN GLAM LELAKI DAN RIZAL RASID UNTUK LEBARAN 2024

Bacaan Lanjut

5 LANGKAH UNTUK MERAWAT KELEMUMUR

Bacaan Lanjut

10 WANGIAN TERBAIK PILIHAN GLAM LELAKI 2023

Bacaan Lanjut
10 SELEBRITI LELAKI LEBIH KACAK BERAMBUT PANJANG

10 SELEBRITI LELAKI LEBIH KACAK BERAMBUT PANJANG

Bacaan Lanjut

PENGEMBARAAN MONTBLANC EXPLORER PLATINUM BAHARU DI MALAM ALPHAMEN 2023

Bacaan Lanjut