Skip to content

KOLEKSI KACA MATA BOLON 2017 SERLAHKAN GAYA MODEN & ELEGAN ANDA

Kongsikan artikel ini

Jenama kaca mata, Bolon, telah menyatukan elemen seni dan fesyen dalam memperkenalkan reka bentuk yang asli dan unik untuk koleksi kaca mata Bolon 2017. Kaca mata mewah rekaan Itali, kini bersedia untuk menghangatkan lagi musim panas ini dengan reka bentuk yang mampu menyerlahkan keperibadian seseorang melalui pemilihan gaya klasik atau moden yang lebih berani. Setiap koleksi  menawarkan reka bentuk fesyen kontemporari unik yang diperbuat daripada bahan berkualiti tinggi dan teknik ukiran terkini dan bersesuaian dengan gaya pemakaian masyarakat hari ini.

Bolon menampilkan pelakon Amerika Syarikat serta pemenang anugerah Academy, Anne Hathaway, yang sememangnya terkenal dengan gaya fesyennya yang elegan sebagai duta jenama sejak 2016. Bolon, yang diasaskan pada tahun 2003 dan mula dilancarkan di Malaysia pada 2016 telah berjaya mengukuhkan kedudukannya disamping melakar kejayaan di seluruh Asia Pasifik.

Penggunaan bahan-bahan yang berkualiti tinggi dan penelitian terhadap inovasi merupakan kunci kepada rekaan kedua-dua koleksi kaca mata hitam dan kaca mata optik Bolon. Kombinasi rekaan kaca mata Bolon yang kualiti tinggi dengan teknik ukiran terkini, dapat menjamin keaslian produknya dan keselesaan penglihatan si pemakai untuk menggayakannya. Dihasilkan dan diedarkan oleh Kumpulan Essilor, kaca mata Bolon diperbuat daripada Resin Asetat Premium Itali yang terkenal dengan warna dan tekstur yang menarik. Selain itu, kaca mata Bolon juga direka daripada Resin Memori TR90 buatan Switzerland yang tahan lasak dan ringan.

Kaca mata hitam Bolon dilengkapi dengan kanta polarisasi berdefinisi tinggi yang menawarkan pengalaman penglihatan terbaik bersama dengan teknologi baru E-SPF (Faktor Perlindungan Cahaya Matahari untuk Mata) bagi memastikan tahap keselesaan dan perlindungan tertinggi.

Bolon juga turut menampilkan koleksi Bolon Kids khas untuk kanak-kanak sebagai pelengkap gaya fesyen terkini si manja anda.

Kaca mata Bolon boleh didapati di semua butik optik A-Look, Proeyes dan Seen di Malaysia. Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai Koleksi Bolon 2017, sila layari www.boloneyewear.com.

Oleh Wan Mohd Firdaus, 20 September 2017

By Wan Firdaus
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

Rizal Rasid #GLBlackWhiteSeries

“SAYA AKAN MEMILIH ERNIE ZAKRI” – RIZAL RASID #GLBLACKWHITESERIES

Bacaan Lanjut

5 GAYA FESYEN BRIGHT VACHIRAWIT PILIHAN GLAM LELAKI

Bacaan Lanjut
DRIES VAN NOTEN UCAP SELAMAT TINGGAL KEPADA PENTAS FESYEN

DRIES VAN NOTEN UCAP SELAMAT TINGGAL KEPADA PENTAS FESYEN

Bacaan Lanjut
Uniqlo miracle air

5 SEBAB ANDA PERLU MELENGKAPKAN GEROBOK WORKWEAR ANDA DENGAN UNIQLO MIRACLE AIR

Bacaan Lanjut
Sisley Malaysia

SISLEY BUKA STOR FLAGSHIP PERTAMA DI MALAYSIA

Bacaan Lanjut

LIVESTREAM – SAKSIKAN PEMENTASAN VALENTINO LE CIEL MEN FALL/WINTER 2024 DI SINI

Bacaan Lanjut