Skip to content

KOLEKSI MUSIM CUTI DARI FOSSIL LEBIH EKSKLUSIF, LEBIH MENARIK!

Kongsikan artikel ini

Musim cuti kini tiba lagi! Menjelang beberapa perayaan besar seperti Krismas dan Tahun Baru, apa kata anda hadiahkan buat yang tersayang kejutan istimewa yang pasti buat dia gembira. Cadangan kami? Sudah pasti item-item eksklusif lagi menarik dari koleksi musim percutian Fossil yang tidak harus anda lepaskan!

Yang pasti, Fossil antara jenama aksesori fesyen baik lelaki mahupun perempuan yang hadir dengan pakej serta pilihan barangan fesyen yang nyata terkini lagi istimewa. Selain dari koleksi jam tangan Fossil Q Generasi 4 yang menawan dan anggun, hadir dengan fungsi pelbagai guna buat lelaki yang sentiasa sibuk dan on-the-go, kali ini Fossil hadir dengan lebih dari itu.

FOSSIL Q EXPLORIST HR

Dengan penambahbaik kali ini, Q Explorist bercirikan rekaan sleek dengan top ring memberikannya stail lebih kemas. Antara ciri-ciri lain yang lebih mengagumkan termasuklah sensor optikal jantung, fungsi komunikasi yang membenarkan penggunaan Google Pay dan GPS.

FOSSIL Q VENTURE HR

Lelaki, jam tangan ini sangat sesuai buat yang tersayang! Rekaannya kali ini lebih slim dengan rangka kecil menjadikan ia sesuai untuk pergelangan tangan wanita. Jam tangan Gen 4 ini kini termasuklah penekan bersesuaian yang sebelum ini hanya dapat dilihat menerusi jam tangan lelaki. Ia juga mempunyai kemudahan Google Pay, sensor optikal jantung dan GPS.

BEG GALAS KULIT ISTIMEWA

Antara yang menarik perhaitan, Fossil tampil dengan barisan dompet dan beg galas kulit yang hadir dengan variasi warna, saiz dan kompak, menambah ciri stail dan bergaya ketika dipakai untuk pelbagai resepsi buat lelaki masa kini. Setiap dari koleksi ini mempunyai keunikan tersendiri menerusi rekaan serta perinciannya.

Buat yang ingin menghadiahkan untuk kekasih hati, jejaka boleh memilih beberapa tas tangan wanita seperti fig atau poppy red pasti dapat menambat hati si dia. Dapatkanya hari ini!

Oleh Wan Mohd Firdaus, 2 November 2018

 

 

 

 

 

By Wan Firdaus
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

DRIES VAN NOTEN UCAP SELAMAT TINGGAL KEPADA PENTAS FESYEN

DRIES VAN NOTEN UCAP SELAMAT TINGGAL KEPADA PENTAS FESYEN

Bacaan Lanjut
Uniqlo miracle air

5 SEBAB ANDA PERLU MELENGKAPKAN GEROBOK WORKWEAR ANDA DENGAN UNIQLO MIRACLE AIR

Bacaan Lanjut
Sisley Malaysia

SISLEY BUKA STOR FLAGSHIP PERTAMA DI MALAYSIA

Bacaan Lanjut

LIVESTREAM – SAKSIKAN PEMENTASAN VALENTINO LE CIEL MEN FALL/WINTER 2024 DI SINI

Bacaan Lanjut
Aiman Hakim Ridza

“MEN ARE MADE HOW MEN SHOULD BE.” – AIMAN HAKIM RIDZA, GLAM LELAKI JANUARI 2024

Bacaan Lanjut

ONITSUKA TIGER RAI ULANG TAHUN KE-75 BERSAMA ASTRO BOY

Bacaan Lanjut