Skip to content

SUPREME X LOUIS VUITTON

Kongsikan artikel ini

Akhirnya! Dunia fesyen global khususnya menswear dikhabarkan cukup teruja dengan kolaborasi dua jenama terkenal Supreme dan Louis Vuitton. Khabar angin mengenai kolaborasi kedua jenama gergasi ini sudah lama bertebaran namun tiada siapa menjangkakan ia akan terjadi dalam masa terdekat ini.

gewg

Ini berikutan sekitar tahun 2000, Supreme pernah mengeluarkan satu koleksi menggunakan monogram rasmi Louis Vuitton. Malangnya pada waktu itu, Louis Vuitton tidak gembira dengan koleksi berkenaan lalu mengeluarkan saman dan menyebabkan jenama tersebut terpaksa menarik kembali kesemua koleksi ‘LV’ berkenaan dalam masa dua minggu.

Capturesj

supreme-louis-vuitton-2017-3

Dan kini, kedua-duanya sudah berdamai dan mempamerkan koleksi kerja sama mereka semalam sewaktu persembahan koleksi baharu Louis Vuitton for men yang dihadiri oleh para selebriti popular seperti David Beckham dan ramai lagi. Tahniah dan thanks buat Kim Jones yang berjaya merealisasikan kolaborasi hangat ini.

Capturewt

Yang menjadi tumpuan semestinya rekaan beg jenama ini bersama Supreme yang ternyata memiliki aura dan peminatnya yang ternanti-nantikan. Ia terdiri daripada backpack, duffle bag, messenger bag dan fanny pack. Tidak dilupakan aksesori seperti kasut, baju, tali pinggang, bandana dan topi bagi melengkapkan lagi koleksi ini. Dikhabarkan koleksi ini akan berada di pasaran bermula bulan Julai 2017 ini.

uruuue

Oleh Wan Mohd Firdaus, 20 Januari 2017

By Wan Firdaus
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

DRIES VAN NOTEN UCAP SELAMAT TINGGAL KEPADA PENTAS FESYEN

DRIES VAN NOTEN UCAP SELAMAT TINGGAL KEPADA PENTAS FESYEN

Bacaan Lanjut
hackett London

HACKETT LONDON SELAMI SEMANGAT SEPANYOL BERSAMA JENSON BUTTON DAN MATTHEW GOODE

Bacaan Lanjut
Paris fashion week 2024

15 GAYA SELEBRITI LELAKI TERBAIK DI PARIS FASHION WEEK FALL 2024

Bacaan Lanjut
Uniqlo miracle air

5 SEBAB ANDA PERLU MELENGKAPKAN GEROBOK WORKWEAR ANDA DENGAN UNIQLO MIRACLE AIR

Bacaan Lanjut
Milan fashion week 2024

25 GAYA MENSWEAR SELEBRITI LELAKI TERBAIK DI MILAN FASHION WEEK 2024

Bacaan Lanjut
Sisley Malaysia

SISLEY BUKA STOR FLAGSHIP PERTAMA DI MALAYSIA

Bacaan Lanjut