Skip to content

HAINAN AIRLINES BAWA FESYEN TERBANG KE UDARA

Kongsikan artikel ini

Fashion takes flight! Pakaian seragam dengan identiti tersendiri membezakan penjenamaan setiap satu syarikat penerbangan. Yang pasti, kita sudah melihat setiap krew penerbangan memakai pakaian seragam tersendiri namun berbeza pula dengan sebuah syarikat penerbangan dari China ini  Ya, krew penerbangan kini tampak lebih bergaya apabila Hainan Airlines memperkenalkan seragam yang cantik untuk dipakai oleh krew kabin sepanjang berada di atas udara.

Ibarat berjalan dalam pesawat dari pentas peragaan, pakaian seragam ini telah diiperkenalkan di Paris sewaktu Minggu Couture Musim Luruh / Musim Sejuk 2017 dan direka secara eksklusifoleh pereka terkenal, Laurence Xu yang menggabungkan sentuhan Timur dan Barat. Pakaian seragam ini dilihat mengabungkan rekaan Cheongsam, pakaian tradisional Cina untuk wanita dan dilengkapi dengan sut gaya Barat. Seragam terkini ini masih mengekalkan warna rasmi syarikat iaitu warna kelabu dan diserikan dengan corak abstrak bermotif awan, gunung dan lautan dengan padanan warna biru dan putih.

Menurut syarikat penerbangan itu, kali terakhir syarikat penerbangan itu menukar rekaan pakaian krew kabin adalah pada tahun 2010. Jelas mereka lagi, penggunaan corak baru mencerminkan pesawat Hainan yang menampilkan “roc”, burung mitos yang melambangkan ‘kekuatan’ dalam budaya Cina. Sutnya pula direka bentuk seperti tulip untuk menyerlahkan keanggunan dan sisi kewanitaan pramugari yang memakai.

Khabarnya, Hainan Airlines menduduki tangga kesembilan terbaik dunia dalam Anugerah Syarikat Penerbangan Dunia tahun ini, bersama-sama dengan kedudukan ke-10 dalam kedudukan kakitangan kabin terbaik. Ia adalah syarikat pengangkutan udara milik swasta terbesar dengan bilangan pesawat keempat terbesar di China. Rata-rata ramai yang memuji dan terpesona dengan pakaian seragam Hainan Airlines ini malah mula mendapat perhatian netizen dunia.

Oleh Wan Mohd Firdaus, 24 Julai 2017

By Wan Firdaus
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

5 GAYA FESYEN BRIGHT VACHIRAWIT PILIHAN GLAM LELAKI

Bacaan Lanjut
DRIES VAN NOTEN UCAP SELAMAT TINGGAL KEPADA PENTAS FESYEN

DRIES VAN NOTEN UCAP SELAMAT TINGGAL KEPADA PENTAS FESYEN

Bacaan Lanjut
Uniqlo miracle air

5 SEBAB ANDA PERLU MELENGKAPKAN GEROBOK WORKWEAR ANDA DENGAN UNIQLO MIRACLE AIR

Bacaan Lanjut
Sisley Malaysia

SISLEY BUKA STOR FLAGSHIP PERTAMA DI MALAYSIA

Bacaan Lanjut

LIVESTREAM – SAKSIKAN PEMENTASAN VALENTINO LE CIEL MEN FALL/WINTER 2024 DI SINI

Bacaan Lanjut
Aiman Hakim Ridza

“MEN ARE MADE HOW MEN SHOULD BE.” – AIMAN HAKIM RIDZA, GLAM LELAKI JANUARI 2024

Bacaan Lanjut