Nick Jonas semakin laku dan digilai, malah kini beliau melangkah setapak lagi dalam bidang rekaan fesyen footwear. Baru-baru ini beliau secara rasmi menjadi duta kepada jenama kasut terkemuka, Creative Recreation untuk koleksi spring. Bukan setakat menjadi duta kepada jenama yang mula menapak di Los Angelas ini, namun Nick juga turut sama mereka koleksi kapsul unisek untuk jenama ini yang diberi nama 1410 di mana ia datang dengan enam stail sneakers. Nombor itu pula mewakili singkatan nama Jonas dalam abjad.

Nick-Jonas-2017-Creative-Recreation-Campaign-001

Bakal dilancarkan pada 11 Februari nanti, gambar kempen ini turut mendapat sentuhan jurugambar terkemuka, Yu Tsai sambil disertai oleh dua lagi model jelita iaitu Naley Junior dan Karmay Ngai. Nick Jonas ternyata nampak segak dan macho dengan memakai jaket kulit motorsikal dan jean skinny. Nampaknya, Yu Tsai kembali menampilkan sentuhan peribadinya untuk adik beradik Jonas buat kali kedua selepas beliau bertanggungjawab menangkap gambar untuk kempen seluar dalam GUESS yang menampilkan abang Nick, iaitu Joe Jonas.

Nick-Jonas-2017-Creative-Recreation-Campaign-009

Nick-Jonas-2017-Creative-Recreation-Campaign-003

Ternyata, penyanyi yang glamor dengan lagu Jealous dan Chains ini punya cita rasa yang tersendiri dalam rekaan kasut sambil diinjek sentuhan stail peribadi Nick yang ternyata punya aura yang tersendiri.

Nick-Jonas-2017-Creative-Recreation-Campaign-005

Oleh Wan Mohd Firdaus, 7 Februari 2017