Skip to content

PECUTAN PADU MERCEDES A 200

Kongsikan artikel ini

body

Tiada yang setangkas si hijau Mercedes A 200 AMG Line. Kita cerita tentang rekaan luar yang mendapat sentuhan baru membabitkan bahagian lampu hadapan LED, reka bentuk lampu belakang serta padanan ekzos berkembar bagi menampakkan sisi sporty. body-2Selain warna hijau dan lawanan perak pada krom dan logo di depan yang sememangnya menangkap mata. Sebagai pemandu, seharusnya saya lebih merasai kelainannya.body-3 Ruang kabin hadapan dilengkapi skrin lebih besar bersaiz 8 inci kemasan terkini pada papan pemuka hingga ada yang beranggapan ianya sebuah iPad. Paling penting sistem yang berfungsi pada skrin boleh dikatakan mesra pengguna. Ia mampu disambungkan dengan peranti yang anda biasa pakai termasuklah iPod.
body-4Bercakap tentang prestasi, generasi baru A-Class ini berjaya menggabungkan kuasa jentera sport dengan keselesaan. Terwujud ciri-ciri Dynamic Select yang membolehkan kita mengubah karakteristik pemanduan hanya di hujung jari saja. Kegemaran saya ialah gear yang terletak bersama batang signal dan wiper tetapi di sebelah kanan. Mengapa saya gemarkannya? Tentunya kerana ia memudahkan pemanduan saya dan kedudukannya terletak pada sudut pandang mata yang membuat pemandu takkan hilang fokus. Model ini disemat enjin berkecepatan 7.8 saat daripada 0-100km/j dan tork 250Nm pada 1250-4000 rpm. Jentera hebat ini mampu memecut hingga kelajuan tertinggi 224km. Seperti biasa sistem brek dan kawalan stereng sungguh mempersonakan berbanding jenama lain setandingnya.

By Abdul Aziz Draim
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

LEXIS HIBISCUS PORT DICKSON MENUTUP TIRAI 2023 DENGAN PENUH MERIAH

Bacaan Lanjut

6 MASALAH GAYA YANG SERING DIHADAPI LELAKI MENURUT PAKAR FESYEN

Bacaan Lanjut
FRED JEWELRY PILIHAN LELAKI MASKULIN

FRED JEWELRY PILIHAN LELAKI MASKULIN

Bacaan Lanjut

CARA HILANGKAN JERAWAT DENGAN CEPAT TANPA PARUT

Bacaan Lanjut

WARISAN BRITAIN DAN INSPIRASI UNIVERSITI KOLABORASI UNIQLO BERSAMA JW ANDERSON

Bacaan Lanjut

SAMBUTAN ULANG TAHUN KE-40 G-SHOCK BERSAMA 88RISING

Bacaan Lanjut