PAUL ANDREW – SENTUHAN ARTISTIK SALVATORE FERRAGAMO

Teks: Putra Mokhter
paul-andrew-portrait-hr-jpg

Paul Andrew, pengarah pereka kasut wanita Salvatore Ferragamo yang baru.

Paul Andrew dilantik sebagai pengarah pereka kasut wanita untuk jenama mewah Itali, Salvatore Ferragamo. Perlantikan itu dibuat berdasarkan pencapaian serta hasil rekaan Paul yang unik dan menarik.

“Kami berasa begitu teruja dengan perlantikan pereka kasut Paul sebagai pengarah kasut wanita yang baru kerana kami percaya dengan kolaborasi ini akan membuahkan hasil yang begitu menakjubkan untuk jenama Salvatore Ferragamo. Paul adalah seorang pereka yang begitu dinamik dan berkualiti tinggi. Pemilihan Paul dibuat kerana personaliti serta reka bentuk rekaannya begitu dekat dengan ciri-ciri jenama ini. Ini adalah sebuah permulaan tentang sesuatu yang baik, dan bakal mencipta sejarah yang baru,” ulas Presiden Salvatore Ferragamo, Ferruccio Ferragamo.

Paul Andrew pernah memenangi CFDA/Vogue Fashion Fund sekali gus menjadikan Paul penerima pertama anugerah ini. Memulakan karier jenama kasutnya pada tahun 2013, Paul dikenali dengan rekaan yang berunsur inovatif dalam permainan warna juga fabrikasi. Teknik yang unik dalam penghasilan kasutnya telah menjadi bualan ramai terutamanya mengenai keselesaan dan serta kualiti yang tinggi.

Koleksi pertamanya untuk jenama Salvatore Ferragamo ini dipersembahkan pada Pre-Fall 2017/18. Walau bagaimanapun, Paul akan tetap aktif menghasilkan rekaanynya untuk jenamanya sendiri, Paul Andrew.

 

Tags: , , , ,

Copyright © 2017. Blu Inc Media Sdn Bhd (7408-K). Hak Cipta Terpelihara.