Skip to content

RISIKO PEMAKAIAN KASUT TANPA STOKIN: WHEN & HOW

Kongsikan artikel ini

Fashion is all about experiment. Ya, dalam dunia fesyen terkini, lelaki khususnya perlu bijak bereksperimen dan mencuba kepelbagaian trend kerana sekiranya ia kena dengan gaya, anda akan dilihat stand out tanpa perlu berusaha lebih. Dan kini, trend pemakaian kasut tanpa stokin dilihat semakin diterima ramai. Like a statement, gaya kasut tanpa stokin ini akan memberikan penampilan gaya moden yang berkeyakinan untuk anda yang berani.

Namun, sebelum ingin mencubanya, tanya pada diri adakah anda bersedia untuk mendedahkan pergelangaan kaki untuk tatapan umum?

Dan kedua, tahukah anda pemakaian kasut tanpa stokin ada kalanya membuatkan anda tidak selesa sekiranya anda seorang yang kuat berpeluh. Ya, kaki akan berpeluh dan secara automatik ia akan meninggalkan bau yang kurang enak apabila anda menanggalkan kasut. So are you ready for this? Sekiranya ya, bila dan bagaimana kesesuaian trend ini.

DI MANA KESESUAIANNYA?

1- Majlis tidak formal

Ya, tepat sekali anggapan anda. Its all about courtesy.  Penggayaan kasut tanpa stokin sebenarnya lebih sesuai digayakan sewaktu acara tidak formal sama ada sewaktu pergi makan malam bersama keluarga, acara minum petang ataupun ke parti dan ia boleh diterima jika anda tertinggal stokin di rumah. Untuk acara formal, kami tegaskan trend ini agak tidak sesuai kerana majlis formal memerlukan anda untuk tampil lengkap berstokin.

BN-MQ613_MATCH1_750V_20160217140802

2- Gaya Santai

Gaya ini tentunya sesuai bersama pakaian kasual ataupun gaya santai seperti pergi membeli belah, staycation atau berkelah. Jika ia tidak cukup untuk meyakinkan anda untuk mencuba gaya ini, fikirkannya sebagai sesuatu praktikal dan padankan dengan pakaian yang ringan dengan warna-warna yang in.

APAKAH JENIS KASUT YANG BERSESUAIAN?

Ya, ingin kami tekankan di sini bahawa tidak semua kasut sesuai dipakai tanpa stokin. Antaranya sneakers dan kasut but. Ini kerana bukan saja ia akan merosakkan kasut, malah kaki dan tumit juga mudah melecet sekiranya anda banyak berjalan. Kasut yang dilihat bersesuaian mengenakan trend berkasut tanpa stokin adalah kasut seperti;

1- Loafers

christianlouboutin-dandelionp-1170008_M608_1_1200x1200_1481885646

Loafers dari Christian Louboutin

2. Brogue

Ghillie-Brogue-in-brown-by-Crockett-Jones

Kasut Brogue oleh Crockett & Jones

GUNAKAN STOKIN LOAFER 

Ya, kami memahami ada kala tuntutan fesyen terkini berat untuk anda pikul. Pemakaian kasut tanpa stokin  adakala menyusahkan terutama sekali yang masih berjinak-jinak. Kaki mudah melecet, berpeluh, berbau dan sebagainya. Well, that is the function of stockings in a first place right? Namun, anda punya alternatif lain. Anda masih boleh kelihatan memakai kasut tanpa stokin dengan memakai stokin loafer sekiranya masih berminat dengan trend ini. Ia tidak panjang sampai ke betis, malah mudah untuk dipakai dan senang untuk dibasuh. Ya, anda masih mengaplikasikan trend ini dan bergaya.

 

By Wan Firdaus
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

DRIES VAN NOTEN UCAP SELAMAT TINGGAL KEPADA PENTAS FESYEN

DRIES VAN NOTEN UCAP SELAMAT TINGGAL KEPADA PENTAS FESYEN

Bacaan Lanjut
hackett London

HACKETT LONDON SELAMI SEMANGAT SEPANYOL BERSAMA JENSON BUTTON DAN MATTHEW GOODE

Bacaan Lanjut
Paris fashion week 2024

15 GAYA SELEBRITI LELAKI TERBAIK DI PARIS FASHION WEEK FALL 2024

Bacaan Lanjut
Uniqlo miracle air

5 SEBAB ANDA PERLU MELENGKAPKAN GEROBOK WORKWEAR ANDA DENGAN UNIQLO MIRACLE AIR

Bacaan Lanjut
Milan fashion week 2024

25 GAYA MENSWEAR SELEBRITI LELAKI TERBAIK DI MILAN FASHION WEEK 2024

Bacaan Lanjut
Sisley Malaysia

SISLEY BUKA STOR FLAGSHIP PERTAMA DI MALAYSIA

Bacaan Lanjut