Skip to content

PEMBAHARUAN YANG EPIK DARI NIKE DENGAN EPIC REACT FLYKNIT 2

Kongsikan artikel ini

Aktiviti bersukan termasuklah yang semakin menjadi kegemaran ramai, marathon dan memecut berlari tampak sempurna dengan hadirnya Nike Epic React Flyknit 2. Baru, kecirian yang pelbagai serta punya peningkatan adalah apa yang ditawarkan Nike melalui koleksi kali ini. Kasut sukan yang selesa adalah kasut yang bekemampuan untuk menampung kaki serta badan supaya kekal stabil. Dan menjamin keselesaan sepanjang melakukan aktiviti sihat. Tambah bersemangatlah sewaktu bersenam.

Memandangkan senaman masa kini lebih banyak variasi, Nike Epic React Flyknit 2 mempertemukan aspek kesukanan dengan fesyen. Maka itu, ia turut sesuai dipadankan dengan gaya harian anda juga membentuk pelengkap stail jalanan. Memperbaharui konsep kasut sukan. Lebih ‘stylish’ gambar OOTD anda nanti. Versatil merupakan teras rekaan Nike Epic React Flyknit 2 yang memaksimumkan daya kreatif dan mengolah semula sifat ‘athleisure’.

Warnanya ‘colorways’ yang menonjol juga menggarap inspirasi ikonik era ’90-an, memperhitungkan pembaharuan terhadap reka bentuk yang pernah diperkenalkan suatu ketika dahulu. Amati ‘midsole’ pada tiap rekaan yang terkandung. Anda akan fahaminya. Kini ia kembali buat memenuhi cita rasa pasaran semasa.

Nike React foam yang dilengkapi teramat ringan dan lembut. Reka bentuknya dicipta menggunakan material merenggang yang membenarkan pengaliran udara bagi kaki si pemakai ‘bernafas’. Keselesaannya, tak usah dipertikaikan lagi. Pabila disarung ia akan melengkap bentuk kaki dengan sempurna. Khusus si pelari yang aktif, jadikan kasut sukan ini sebagai teman baik anda. Tak terkecuali juga golongan mahu menginovasikan penampilannya dari semasa ke semasa. Nike Epic React Flyknit 2 sudah terjual di butik Nike atau beli secara atas talian di laman web rasmi Nike.

By Wan Firdaus
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

RAIKAN AIDILFITRI DENGAN KOLEKSI BAJU RAYA PILIHAN GLAM LELAKI

Bacaan Lanjut
LEONARDO DICAPRIO & VITTORIA CERETTI CETUS SPEKULASI PERTUNANGAN DENGAN CINCIN BERLIAN

LEONARDO DICAPRIO & VITTORIA CERETTI CETUS SPEKULASI PERTUNANGAN DENGAN CINCIN BERLIAN

Bacaan Lanjut
PUTERA HARRY TERKAIT DALAM KES SAMAN SERANGAN SEKSUAL SEAN ‘DIDDY’ COMBS

PUTERA HARRY TERKAIT DALAM SAMAN SERANGAN SEKSUAL SEAN ‘DIDDY’ COMBS

Bacaan Lanjut
ROBERT PATTINSON & SUKI WATERHOUSE RAHSIAKAN KELAHIRAN ANAK SULUNG

ROBERT PATTINSON & SUKI WATERHOUSE RAHSIAKAN KELAHIRAN ANAK SULUNG

Bacaan Lanjut
GANDINGAN HEBAT HATTAN & JAMAL ABDILLAH UNTUK ‘KEPADAMU KEKASIH SIMFONI RAMADAN’

GANDINGAN HEBAT HATTAN & JAMAL ABDILLAH UNTUK ‘KEPADAMU KEKASIH SIMFONI RAMADAN’

Bacaan Lanjut
MENGAPA TOM CRUISE TIDAK LAGI DIBENARKAN MEMBELI BUGATTI?

MENGAPA TOM CRUISE TIDAK LAGI DIBENARKAN MEMBELI BUGATTI?

Bacaan Lanjut