Skip to content

PEMENTASAN FESYEN KLFW2017 KINI BERMULA!

Kongsikan artikel ini

Hampir 150 pereka fesyen bakal mementaskan rekaan never-seen-before “Koleksi Runway” secara eksklusif di Kuala Lumpur Fashion Week Ready to Wear 2017 bermula hari ini!

Pentas KLFW RTW 2017 bakal bermula pada 16 sehingga 20 Ogos nanti yang bertempat di Pavilion Bukit Bintang. Menyambut ulang tahun yang ke-5 tahun ini, acara fesyen berprestij ini bakal menampilkan ramai pereka yang hadir dari pelbagai latar belakang yang berbeza. Kali ini, seramai enam orang tetamu pereka antarabangsa dari China, India, Australia, Jepun, Filipina dan Korea Selatan bakal dijemput untuk menyaksikan acara fesyen tahunan itu demi untuk dialog komunikasi antara pereka tempatan dan antarabangsa. Ia sekaligus mengembangkan lagi kepesatan industri fesyen tanah air di mata dunia.

Istimewa buat orang awam, Tourism Malaysia bakal tampil dengan trak OOTD Fashion-On-Go untuk menggalakkan orang awam hadir ke trak tersebut serta mengambil gambar OOTD dan terus memuat naik ke laman sosial dengan hashtag #RURunwayReady, #Negaraku, #SayangMalaysia dan #IAMHOMEGROWN.

Pemenang bertuah akan memenangi tiket menghadiri Kuala Lumpur Fashion Week serta menyertai acara fesyen yang lain. Tidak ketinggalan, AirAsia sekali lagi membawakan pertandingan AirAsia Runway Ready Designer Search (AARRDS) dan kali ini pencarian diperluaskan lagi ke 10 buah negara ASEAN termasuklah Indonesia Thailand, Singapura, Filipina, Vietnam, Brunei, Myanmar, Laos, Kemboja serta Malaysia.

Kesemua finalis bakal bersaing dalam merebut takhta juara di Grand Finale of AirAsia Runway Ready Designer Search 2017 pada 18 Ogos nanti.

GLAM Lelaki sertakan sekali jadual penuh acara fesyen berprestij tahunan yang dinantikan ramai ini di bawah.

Oleh Wan Mohd Firdaus, 16 Ogos 2017 (Sumber: Eh!)

By Wan Firdaus
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

5 GAYA FESYEN BRIGHT VACHIRAWIT PILIHAN GLAM LELAKI

Bacaan Lanjut
DRIES VAN NOTEN UCAP SELAMAT TINGGAL KEPADA PENTAS FESYEN

DRIES VAN NOTEN UCAP SELAMAT TINGGAL KEPADA PENTAS FESYEN

Bacaan Lanjut
Uniqlo miracle air

5 SEBAB ANDA PERLU MELENGKAPKAN GEROBOK WORKWEAR ANDA DENGAN UNIQLO MIRACLE AIR

Bacaan Lanjut
Sisley Malaysia

SISLEY BUKA STOR FLAGSHIP PERTAMA DI MALAYSIA

Bacaan Lanjut

LIVESTREAM – SAKSIKAN PEMENTASAN VALENTINO LE CIEL MEN FALL/WINTER 2024 DI SINI

Bacaan Lanjut
Aiman Hakim Ridza

“MEN ARE MADE HOW MEN SHOULD BE.” – AIMAN HAKIM RIDZA, GLAM LELAKI JANUARI 2024

Bacaan Lanjut