Skip to content

PERSONA BEG GALAS MENAWAN DARI GASTON LUGA

Kongsikan artikel ini

Mengikuti perkembangan fesyen terkini, selain dompet, lelaki sudah mula tidak segan untuk menjinjing beg tertentu yang  sudah menjadi trend semasa. Antara fungsi yang perlu diambil kira adalah untuk menyimpan semua barangan peribadi anda, tahan lasak dan cantik untuk dilihat. Namun jenama mana patut anda pilih terutama sekali dalam pemilihan beg galas? Cadangan kami, apa kata anda cuba jenama beg galas dari Sweden, iaitu Gaston Luga.

GABUNGAN FUNGSI DALAM FESYEN

Tersedia baik untuk lelaki mahupun wanita, Gaston Luga merupakan pengedar beg galas yang berpengkalan di Stockholm, Sweden yang kini dilihat semakin terkenal dan berkembang ke pasaran yang lebih meluas, termasuk ke beberapa negara seperti Jepun, China, Korea, Taiwan, Hongkong, Scandinavia (Sweden dan Norway), Belanda, Perancis, SEA (Singapura dan Malaysia), UK, Amerika Syarikat, dan banyak lagi. Namun, seleksi beg galas dari Gaston Luca bukan sebarangan.

Gaston Luga mengambil inspirasi dari pengembara Perancis dalam mengabungkan fungsi dan fesyen. Malah setiap rekaan memberi tumpuan kepada butiran dan perincian agar setiap beg galas dapat menawarkan pengalaman berbeza buat sang pemakai. Butiran seperti poket pasport yang tersembunyi, tag alamat, warna yang menawan serta menerapkan unsur mimimalis Scadinavia untuk penyimpanan pintar dan penggunaan tahan lama. Yang pasti, koleksi beg galas ini sesuai untuk sebarang resepsi dan situasi.

EMPAT PILIHAN ISTIMEWA

Beg galas Gaston Luga menawarkan empat jenis yang berbeza iaitu Pråper, Clässic, Clässy, and Clässy Mini. Semua model beg galas boleh memuatkan komputer riba 13 ” – 15 ” kecuali untuk Clässy Mini.

Penulis GLAM Lelaki berkesempatan untuk mencuba beg galas Classic yang berwarna Olive & Brown, dan ternyata fungsi dan perincian beg ini sangat menawan. diperbuat daripada kulit vegan berkualiti tinggi, padanlah beg ini terasa ringan walaupun terdapat banyak item peribadi penulis di dalammnya seperti komputer riba, powerbank, klac dan lain-lain. Yang pasti, beg Gaston Luca cukup trendy dan sesuai bagi mereka yang sentiasa on-the-go serta buat mereka yang seringkali mengembara. Totally recommended!

GASTON LUGA Summer Men’s Collection

1 of 6

Clässic – Navy & Brown

1 of 6

By Wan Firdaus
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

DRIES VAN NOTEN UCAP SELAMAT TINGGAL KEPADA PENTAS FESYEN

DRIES VAN NOTEN UCAP SELAMAT TINGGAL KEPADA PENTAS FESYEN

Bacaan Lanjut
Uniqlo miracle air

5 SEBAB ANDA PERLU MELENGKAPKAN GEROBOK WORKWEAR ANDA DENGAN UNIQLO MIRACLE AIR

Bacaan Lanjut
Sisley Malaysia

SISLEY BUKA STOR FLAGSHIP PERTAMA DI MALAYSIA

Bacaan Lanjut

LIVESTREAM – SAKSIKAN PEMENTASAN VALENTINO LE CIEL MEN FALL/WINTER 2024 DI SINI

Bacaan Lanjut
Aiman Hakim Ridza

“MEN ARE MADE HOW MEN SHOULD BE.” – AIMAN HAKIM RIDZA, GLAM LELAKI JANUARI 2024

Bacaan Lanjut

ONITSUKA TIGER RAI ULANG TAHUN KE-75 BERSAMA ASTRO BOY

Bacaan Lanjut