Warna merah jambu atau ‘pink’ seringkali dikaitkan dengan kaum wanita. Apatah lagi warnanya yang lembut dikatakan lebih sesuai buat mereka yang berperwatakan feminin dan lemah gemalai. Kami tidak menafikan perkara itu, cuma di zaman ini lelaki sekarang sudah tidak lagi terikat dengan stail tertentu. Ini kerana jika betul dan kena penggayaannya, warna merah jambu mampu untuk menyerlahkan penampilan, malah anda akan lebih standout! Bagaimana? Teruskan membaca…

 

1 of 5

1. PINK JUGAK BOLEH DIANGGAP LAMBANG MASKULIN

Mungkin tidak semua bersetuju dengan kenyataan ini, namun tahukah anda menerusi laman web REAL MEN REAL STYLE, warna merah jambu tidaklah melambangkan sesuatu yang feminin tetapi sebaliknya! Tambahan pula, menurut Pengarah Urusan Muzium Institut Teknologi Fesyen, Valerie Steele, warna itu telah pun dipakai oleh kaum lelaki sejak kurun ke-18 lagi. Apatah lagi pemakaian sut pink dengan corak floral telah menjadi kelaziman sejak itu.

1 of 5