Skip to content

PUMA X THE WEEKEND XO FALL/WINTER 2017 COLLECTION

Kongsikan artikel ini

Kolebrasi PUMA dan penyanyi RnB popular, The Weeknd atau Abel diteruskan dengan keterujaan terbaru, iaitu koleksi XO yang menyaksikan fabrik denim sebagai fokus utama untuk koleksi musim luruh dan sejuk tahun ini. Mengetengahkan konsep versatil, antara yang diserlahkan adalah jaket denim lusuh yang diterap bersama perincian kolar berwarna dengan lapisan fabrik bercetak bagi mencetuskan aura eksentrik yang unggul dan menawan.

Di samping itu, rekaan celana jeansnya pula memberikan suatu kelainan denganperinciannya dapat dilihat pada bahagian belakang dan bukannya terletak di hadapan seperti kebanyakan jeans biasa kita sarung. Antara koleksi lain yang ditampilkan untuk PUMA x XO ini adalah topi, baju-T, hoodies, kimono denim, beg duffle, dan banyak lagi.

Dengan pelancaran koleksi ini juga, Puma turut untuk memperkenalkan kasur PUMA XO Parallel, sepatu yang memiliki reka bentuk ‘gagah’ bersesuaian dengan jiwa anak muda ranggi masa kini, menawarkan sisi keselesaan buat remaja khususnya.

Oleh Wan Mohd Firdaus, 6 November 2017

 

 

 

 

 

 

By Wan Firdaus
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

5 GAYA FESYEN BRIGHT VACHIRAWIT PILIHAN GLAM LELAKI

Bacaan Lanjut
DRIES VAN NOTEN UCAP SELAMAT TINGGAL KEPADA PENTAS FESYEN

DRIES VAN NOTEN UCAP SELAMAT TINGGAL KEPADA PENTAS FESYEN

Bacaan Lanjut
Uniqlo miracle air

5 SEBAB ANDA PERLU MELENGKAPKAN GEROBOK WORKWEAR ANDA DENGAN UNIQLO MIRACLE AIR

Bacaan Lanjut
Sisley Malaysia

SISLEY BUKA STOR FLAGSHIP PERTAMA DI MALAYSIA

Bacaan Lanjut

LIVESTREAM – SAKSIKAN PEMENTASAN VALENTINO LE CIEL MEN FALL/WINTER 2024 DI SINI

Bacaan Lanjut
Aiman Hakim Ridza

“MEN ARE MADE HOW MEN SHOULD BE.” – AIMAN HAKIM RIDZA, GLAM LELAKI JANUARI 2024

Bacaan Lanjut