Kempen fesyen Calvin Klein tidak pernah menghampakan. Antara yang diingati adalah yang melibatkan Justin Bieber, kemudian menampilkan Shawn Mendes dan seterusnya Noah Centieno. Musim ini, Calvin Klein sekali lagi tampil dengan kempen #MYCALVINS IRL, yang menampilkan wajah-wajah segar yang datang dari pelbagai latar belakang, personaliti, susuk dan rupa berbeza. Kepelbagaian ini mengusik penonton dalam meraikan definisi seksi yang baharu, yakninya everyone can be sexy, in their own ways!

Untuk koleksi fall-winter 2019 ini, kempen ini menampilkan beberapa bintang melakukan rutin harian mereka yang normal dalam memperaga seluar dalam. Antara yang terlibat adalah Diplo, Odell Beckham Jr, Jacob Elordi, Lay Zhang dan Matthew Noszka, yang diarahkan oleh Bardia Zeinali. Kempen ini turut menampilkan supermodel ternama, Bella Hadid dan Naomi Campbell.

Jom kita intai beberapa syot lain dari kempen ini.

1 of 5

Odell Beckham Jr

1 of 5