Pelakon yang semakin meningkat naik , Rami Malek dilantik sebagai wajah baru untuk kempen Dior Homme untuk spring 2017. Ternyata keunikkan wajah Rami menarik minat pihak Dior untuk menggunakan wajah ekslusifnya, tambahan pula kemenangan tahun lahu di Golden Globe sewaktu beliau naik ke pentas mengenakan tuksedo putih rekaan Dior mengukuhkan lagi jenama Dior antara jenama fesyen terkemuka dunia.

Asasnya, Rami yang popular dengan drama bersisi Mr Robot akan menerajui kempen Dior Homme untuk barisan pakaian lelaki Dior Homme mengukuhkan lagi namanya sebagai seorang model selain seorang pelakon. Malah Rami juga kelihatan sangat segak dan bersesuaian dengan jenama ini kerana sering kali menyarungkan suit atau tuksedo Dior sewaktu berlangsungnya anugerah-anugerah di Hollywood.

ss17_slideshow3_0Turut bersama Malek dalam kempen ini ialah ikon pop Boy George, penyanyi rap A$AP Rocky dan model Rusia, Ernest Klimko. Netizen turut memuji kemunculan Rami kali ini yang kelihatan sangat menyerlah sebagai seorang model dan Dior percaya Rami mampu untuk membawa jenama ini pergi lebih jauh.

Oleh Wan Mohd Firdaus, 12 Januari 2017