ROBERT PATTINSON X DIOR HOMME FALL 2017

Divisi pakaian lelaki jenama antarabangsa Christian Dior, iaitu Dior Homme menamakan pelakon kacak, Robert Pattinson sebagai wajah ekslusif kempen musim luruh Dior Homme. Menonjolkan koleksi karpet hitam untuk musim luruh ini, ia diketuai oleh pereka fesyen Belgium terkenal iaitu Kris Van Assche, manakala editorial fesyen untuk koleksi ini pula dirakam oleh sentuhan jurugambar / pereka terkenal Karl Lagerfield.

Mempamerkan secara jelas kepakaran jahitan dan teknikal unsur fabrik, gabungan busana mewah maskulin, serta pakaian jalanan dan sukan menyerlahkan persembahan kempen kali ini. Yang menariknya, latar belakang bangunan Paris di sebalik malam gelita mewakili aura klasik dan misteri jenama ini.

Turut memuji aura Robert Pattisnson, Lagerfeld mengulas, “Robert seorang yang sangat senang untuk bekerja. Dan pada masa yang sama, terdapat suatu yang misteri tentang penampilannya. Profilnya adalah visi moden dengan suntikan koin antik”. Sebelum ini, Robert Pattinson turut memperagakan kempen-kempen Dior sebelum ini iaitu Dior Homme DIORCOMPOSIT1.0 sunglasses dan koleksi musim sejuk tahun lepas.

Oleh Wan Mohd Firdaus, 27 Mac 2017

 

Tags: , , , , ,

Copyright © 2017. Blu Inc Media Sdn Bhd (7408-K). Hak Cipta Terpelihara.