Skip to content

SIGNIFIKAN WARNA TALI LEHER DAN IMPAKNYA

Kongsikan artikel ini

Tali leher sememangnya antara item wajib ada buat lelaki khusunya mereka yang bekerja dalam dunia profesional. Malah teknik pengayaannya jika betul dengan kena pasti akan menyerlahkan personaliti seorang lelaki. Malah lelaki bebas memilih warna dan corak tali leher sesuai dengan trend terkini. Namun, agar tidak salah penampilan, anda perlu memahami signifikan di sebalik corak dan warna tali leher seperti disenaraikan.

1.BIRU

Warna yang paling popular sepanjang masa malah sangat kena digayakan dengan apa jua kemeja. Signifikan biru sebagai simbol ketulusan hati, tenang dan nyaman. Ia pula menggambarkan sifat yang jujur, pekerja yang rajin dan rendah hati. Secara psikologinya, warna ini memberi kesan ketenangan. Digalakkan untun dipakai sewaktu temuduga kerja.

2. MERAH

Merah adalah warna yang dapat menggambarkan cinta dan kemarahan, bahaya dan keberanian, dan tanda sensualiti seseorang. Anda mungkin juga dianggap seorang yang tegas dan tidak gentar. Sesuai dipakai ketika membentangkan kertas kerja mahupun presentation.

3. OREN / JINGGA

Bukanlah warna yang popular dan jingga kemerahan menggambarkan tanda bahaya. Boleh dipakai tetapi sekali sakala tidak salah. Harus bijak menyesuaikan dengan warna kemeja. Kemeja putih adalah yang terbaik untuk dipadankan dengan tali leher oren.

4. HITAM

Secara amnya, hitam adalah warna yang tidak menarik dan simbol kedukaan. Namun, jika hitam dipadukan dengan garis yang cerah akan menjadi tali leher yang elegan. Pastikan ia dipadankan dengan kemeja yang cerah seperti biru atau putih krim.

5. KELABU

Menggambarkan kesungguhan seseorang untuk mendapatkan sesuatu. Ya, warna ini sinonim dengan lambang kuasa dan keupayaan.

6.KUNING

Tali leher kuning adalah refleksi impak seorang yang muda di hari, penuh harapan dan bahagia.

7. HIJAU

Memberikan kesan pada si pemakai sebagai seseorang yang berwawasan luas, tapi sulit untuk difahami tetapi jujur.

8. COKLAT

Warna yang kelihatan agak kotor dan serabut, namun ia sebenarnya menggambarkan sifat yang terbuka dan mempunyai daya pengetahuan yang kuat.

9. BERGARIS

Konservatif, teratur, boleh diharapkan, ceria dan teman yang menghibur.

10. POLKADOT 

Lebih banyak dipakai oleh pelawak, menimbulkan impak kesan humor dan lucu, apalagi dengan bulatan yang besar, bulatan kecil memberikan kesan yang lebih baik. Ia menandakan anda seorang yang cukup senang disenangi.

Oleh Wan Mohd Firdaus, 6 Mac 2017

By Wan Firdaus
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

DRIES VAN NOTEN UCAP SELAMAT TINGGAL KEPADA PENTAS FESYEN

DRIES VAN NOTEN UCAP SELAMAT TINGGAL KEPADA PENTAS FESYEN

Bacaan Lanjut
Uniqlo miracle air

5 SEBAB ANDA PERLU MELENGKAPKAN GEROBOK WORKWEAR ANDA DENGAN UNIQLO MIRACLE AIR

Bacaan Lanjut
Sisley Malaysia

SISLEY BUKA STOR FLAGSHIP PERTAMA DI MALAYSIA

Bacaan Lanjut

LIVESTREAM – SAKSIKAN PEMENTASAN VALENTINO LE CIEL MEN FALL/WINTER 2024 DI SINI

Bacaan Lanjut
Aiman Hakim Ridza

“MEN ARE MADE HOW MEN SHOULD BE.” – AIMAN HAKIM RIDZA, GLAM LELAKI JANUARI 2024

Bacaan Lanjut

ONITSUKA TIGER RAI ULANG TAHUN KE-75 BERSAMA ASTRO BOY

Bacaan Lanjut