Skip to content

SIMBAHAN MUSIM SEMI

Kongsikan artikel ini

CABANG KALI INI MEMERIKAN KARAKTER LELAKI YANG MENDUKUNG GAYA IDEAL, BERSAHAJA DAN TIDAK KOMPLEKS. UMPAMA BIAR TURUN HUJAN KALA MUSIM BUNGA PUN. IA TIDAK MAMPU ‘MEMECAH’ KESELURUHAN IDEA GAYANYA YANG DIATUR DARIPADA HIMPUNAN PENTAS BESAR MILAN DAN PARIS.

Teks, Penyelaras & Penata Gaya: Ardi Idewani Zaini / Pembantu Penyelaras: Johan Kassim / Grooming: Emmy Agung / Gambar: Edmund Lee / Model: Sergey S. (MI Models) / Lokasi: Tempat letak kereta Glad Tidings

dolce-2DOLCE & GABBANA

Pra musim bunga di Dolce & Gabbana melunaskan idea playful dan ringkas sahaja. Tidak ada yang rumit tentangnya, cuma bermain dengan helaian baju panas ringan bermotifkan sesuatu comical yang ada pengaruh ketimuran.

loewe-2LOEWE

Menyambung fasal pengaruh ketimuran, Loewe tidak terkecuali. Helaian pyjama-inspired penuh susunan motif watak animasi Jepun dan ditambah lagi semangat muda suntikan Jonathan Anderson, mencabar keberanian gaya lelaki musim ini.

emporio-armani-2EMPORIO ARMANI

Kulit lembut, siluet longgar, semangat Italian dan idea semuanya cukup subtle. Kemeja yang diaplikasikan sulaman corak organik dan fabrik efek kedut, benar-benar mahu menggambarkan mood musim bunga.

bernard-2BERNARD CHANDRAN

Buat julung kalinya, Bernard Chandran memperlihatkan himpunan lelaki di liga Paris, mengukir ideanya tentang jejaka aktif. Dia berani menginterpretasikan fabrik mewah dalam sifat ala kesukanan –  mengolah semua itu dalam manipulasi pola dan dicampurkan perincian sulaman tampalnya.

versus-versace-2VERSUS VERSACE

Hitam penuh atas bawah dan biarpun ringkas dari segi luaran, Anthony Vaccarello untuk Versus Versace bagai ada gabungan variasi ilham. Cerminan elemen biker bersama gaya urban tailoring, lengkap perincian dekorasi pada kolar seperti mempersembahkan intipati yang kuat dan ada fahaman tersendiri.

By Abdul Aziz Draim
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

5 GAYA FESYEN BRIGHT VACHIRAWIT PILIHAN GLAM LELAKI

Bacaan Lanjut
DRIES VAN NOTEN UCAP SELAMAT TINGGAL KEPADA PENTAS FESYEN

DRIES VAN NOTEN UCAP SELAMAT TINGGAL KEPADA PENTAS FESYEN

Bacaan Lanjut
Uniqlo miracle air

5 SEBAB ANDA PERLU MELENGKAPKAN GEROBOK WORKWEAR ANDA DENGAN UNIQLO MIRACLE AIR

Bacaan Lanjut
Sisley Malaysia

SISLEY BUKA STOR FLAGSHIP PERTAMA DI MALAYSIA

Bacaan Lanjut

LIVESTREAM – SAKSIKAN PEMENTASAN VALENTINO LE CIEL MEN FALL/WINTER 2024 DI SINI

Bacaan Lanjut
Aiman Hakim Ridza

“MEN ARE MADE HOW MEN SHOULD BE.” – AIMAN HAKIM RIDZA, GLAM LELAKI JANUARI 2024

Bacaan Lanjut