TEKNIK PEMAKAIAN TURTLE NECK LELAKI PATUT TAHU

Turtleneck adalah antara item clothing paling sukar untuk digayakan. Kenapa? Ya, bukan semua mampu menggayakan gaya ini. Fabrik ekstra dari badan ke atas sehingga menutupi keseluruhan leher, mungkin tidak sesuai untuk semua. Walau secantik mana desain dan fabrik yang digunakan, baju atau sweater turtleneck hadir dengan risiko tersendiri. Turtleneck mungkin tampak classy dan mewah, namun anda juga boleh mengenakan gaya tersebut sekali sekala. Cuma ikuti 3 teknik mudah ini.

1. WARNA GELAP

This technique is for beginners. Pakaian atau sweater turtleneck hadir dengan variasi warna serta corak menarik. Sebagai permulaan, biasakan diri anda mengenakan kemeja atau baju panas turtleneck yang berwarna hitam dengan corak kosong terlebih dahulu. Get used with this piece of clothing first, sehinggalah anda benar-benar selesa. Walau terbit kesukaran sekiranya digayakan pada waktu tengahari, well wear it on your own risk! 

2. NIPIS LEBIH SELAMAT

Fabrik dan jenama membezakan ratusan jenis turtleneck di pasaran. Memandangkan di Malaysia, suhu agak tidak menentu, anda disarankan untuk memakai kemeja atau baju panas turtleneck dengan kain yang nipis. Anda juga pasti tidak mahu kelihatan ‘bengkak’ bukan. Elakkan dari memakai knitting turtleneck, melainkan jika anda melancong ke mana-mana negara empat musim.

3. PADANAN

Sudah pasti anda tidak mahu kelihatan kurang selesa dan berpeluh-peluh hanya semata untuk memakainya. Yang pasti, turtleneck adakala menimbulkan rasa kurang selesa terutama sekali di bahagian leher. Oleh itu, elakkan memadannya dengan item-item lain yang hanya akan merimaskan dan buat anda ‘berat’. Unless, anda memakainya pada waktu malam mahupun ketika aktiviti indoor, anda boleh memadankannya dengan item lain seperti blazer, skarf, suit mahupun seluar sweats. 

Oleh Wan Mohd Firdaus, 11 Oktober 2017

Tags: , , , ,

Copyright © 2017. Blu Inc Media Sdn Bhd (7408-K). Hak Cipta Terpelihara.