1

Kasut wingtip adalah item fesyen wajib ada buat setiap lelaki. Ia membiaskan gaya stylish menerusi rekaan klasik, moden serta memenuhi elemen maskulin. GL mempersembahkan trik bergaya dengan kasut wingtip untuk tampil kreatif dan segar.

Kasut wingtip adalah pelaburan aksesori fesyen terbaik. Walaupun harga di pasaran agak tinggi, tetapi ia boleh dipakai sampai bila-bila. Seringnya kita menyarung kasut kulit hitam oxford ke pejabat atau acara formal, cuba gantikan dengan kasut wingtip. Rekaan dan warna kasut wingtip hadir dalam tema klasik, tetapi bergantung kepada kreativiti anda untuk suai padan dengan helaian lain agar nampak segar. Jika ke acara formal, sunting tema gaya preppy seperti bermain dengan warna (oren, biru) dan gantikan kemeja dengan baju sejuk turtle neck. Gaya ini mengambil ilham mod yang kini menjadi trend semula.

Cara menggilap dengan betul
• Anda hanya perlukan tiga item ini; kain lembut, penggilap kasut dan berus kasut
• Hilangkan kotoran pada permukaan atau celah-celah kasut dengan menggunakan berus kasut. Tunggu sehingga ia kering.
• Celup sedikit penggilap kasut pada kain lembut.
• Sapukan pada bahagian permukaan kasut terlebih dahulu dalam putaran 360 darjah.
• Kemudian, gosokkan bahagian tersebut dengan berus dan gosok dengan tekanan lebih kuat.
• Akhir sekali, tiup pada bahagian-bahagian kasut yang terlindung agar tiada kotoran terperangkap pada lubang-lubang kecil kasut wingtip.

2

Kasut wingtip bisa digayakan bila-bila masa. Tak semestinya acara formal (disebabkan rekaannya), ia juga bertindak sebagai pelengkap gaya kasual. Kasut wingtip material suede ini terarah moden dan lebih kasual. Saranan kami, cuba padankan dengan seluar pendek bermotif serta jaket utiliti dan sudahkan dengan lilitan skarf. Ia mencipta gaya sempurna kala musim sejuk. Tidak perlu berstoking, sarungkan kasut wingtip untuk tampil fun and trendy.