Skip to content

TIP FESYEN RAYA TERBAIK UNTUK LELAKI

Kongsikan artikel ini
2 of 4

1. PILIH JENIS BAJU MELAYU

Tip pertama yang perlu anda ikuti adalah untuk mengenalpasti jenis baju melayu yang ingin anda pakai raya nanti. Ketahuilah, baju melayu datang dalam pelbagai jenis dan rupa. Namun antara yang popular adalah:

i) Baju Melayu Teluk Belanga

Baju Melayu Teluk Belanga (juga dinamakan Baju Melayu Johor) dikenali menerusi lehernya yang disulam ringkas di kelilingnya. Bahagian leher hanya dibelah pendek di hadapan dan ia cuma mempunyai satu butang. Biasanya samping dipakai di bawah baju bagi Baju Melayu Teluk Belanga.

ii) Baju Melayu Cekak Musang

Baju Melayu Cekak Musang pula mendapat namanya melalui kolar lehernya yang tinggi dan ‘mencekak’ tengkuk. Biasanya terdapat lima kancing pada Baju Melayu Cekak Musang; dua di bahagian leher, dan tiga di bawahnya. Baju melayu ini biasa dipakai di Brunei dan ianya juga sering diubah suai untuk mengikuti fesyen terkini dan kelihatan lebih moden. Baju melayu ini juga mempunyai 5 butir kancing.(Sumber: ellezada.com)

iii) Baju Melayu Moden

Terdapat beberapa ciri bagi baju melayu moden. Antaranya adalah baju melayu tanpa pesak yang direka supaya baju tersebut tidak kelihatan terlalu longgar dan besar, tetapi sebaliknya kemas dan segak. Malah, baju melayu moden ini tidak terhad pada 1 warna dan corak saja. Ada yang digabung bagi memberi nafas baru pada baju melayu sedia ada.

Oleh itu, pilihlah jenis baju melayu terlebih dahulu yang mengikut citarasa dan saiz badan anda. Anda tidak semestinya perlu berasal dari negeri tertentu, misalnya Johor (jika ingin memakai baju melayu Teluk Belanga) atau sebagainya. Pastikan ia selesa dan dipadankan dengan betul.

2 of 4

By Wan Firdaus
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

Rizal Rasid #GLBlackWhiteSeries

“SAYA AKAN MEMILIH ERNIE ZAKRI” – RIZAL RASID #GLBLACKWHITESERIES

Bacaan Lanjut

5 GAYA FESYEN BRIGHT VACHIRAWIT PILIHAN GLAM LELAKI

Bacaan Lanjut
raya Nadhir Nasar

SEMBANG RAYA BERSAMA NADHIR NASAR

Bacaan Lanjut
dekorasi raya

3 IDEA INSPO RAYA UNTUK DEKORASI RUMAH BAWAH RM100

Bacaan Lanjut
lagu raya 2024

8 LAGU RAYA BAHARU PILIHAN GLAM LELAKI

Bacaan Lanjut

RAIKAN AIDILFITRI DENGAN KOLEKSI BAJU RAYA PILIHAN GLAM LELAKI

Bacaan Lanjut