1 of 5

Fanny bag, fanny pack, pouch bag, belt bag atau apa saja panggilannya, fenomena beg sandang kecil dengan zip yang disarung atau dililit di pinggang mahupun badan kini menjadi kegilaan baik wanita mahupun lelaki.  Panggilan ‘fanny pack’ untuk (American English) atau ‘bum bag’ untuk (British English) nyata menawarkan fungsi tersendiri terutama sekali bagi mereka yang inginkan kelainan dalam bergaya namun tidak mahu menyandang beg yang besar.

Foto: https://www.iwalletsmen.com/

Sedikit tentang sejarah terciptanya fanny bag ini, tahukah anda pada abad ke-19, pemakaian beg sandang seakan ini telah lama dipakai di pinggang oleh bomoh dan dukun puak Indian ketika itu, dengan fungsi meletak ubat-ubatan. (Sumber: Wikipedia)

Namun anda harus ingat, pemakaian fanny bag mungkin tidak sesukar mana namun perlu kena dengan caranya. Teruskan membaca.

1 of 5