Skip to content

TIP PENGGAYAAN TREND TIE-DYE

Kongsikan artikel ini

Trend fesyen tie-dye atau lebih dikenali sebagai ikat celup ini sebenarnya sudah lama wujud terutama sekali pasaran tempatan sejak tahun 2000 lagi. Dek mainan corak dan warna yang menyerlah membuatkan trend fesyen ini kekal diingati dan diminati hingga kini walaupun ia adalah passing trend.

Buat anda yang tidak pernah atau enggan mencuba, mungkin sudah tiba masanya untuk anda tampil dengan sesuatu yang berbeza. Namun, perlu kena dengan teknik penggayaan yang betul.

Bohemian-Style-2016-Fashion-Editorial-Luxury-Magazine-010-800x979

Tetapi sebelum itu, sedikit mengenai sejarah trend ini. Trend tie-dye atau lebih dikenali corak kain teknik ikat celup sebenarnya sudah wujud sejak 2300 tahun yang lepas di Mesir. Malah, negara China dan Jepun juga memulakan corak kain ini pada abad ke-6. Di Tanah Melayu pula, kain bercorak ini diperkenalkan sejak abad ke-15 Masihi pada zaman pemerintahan Parameswara di Melaka. Dan pada tahun 1770-an corak ikat celup telah diperkenalkan di kepulauan Melayu namun lebih dikenali sebagai batik pelangi.

TIP PENGGAYAAN FESYEN TIE-DYE

Fesyen tie-dye kini berkembang menjadi busana kasual bohemian yang diminati oleh semua kerana ia menampilkan corak atau motif warna menarik, malah kini semakin banyak butik dan pereka memilih corak tie-dye dalam penghasilan pakaian seperti baju T, kardigan, seluar, boxers, sweater mahupun gaun panjang. Malah jenama-jenama fesyen gergasi seperti Valentino, Adidas, Ted Baker dan Saint Laurent juga pernah menghasilkan pakaian tie-dye.

5885454802_2_1_1

 

1. Warna
Pemilihan corak dan warna memainkan peranan penting. Ya, tidak dinafikan ia datang dengan pelbagai warna dan bentuk seperti motif jelujur, tribal, bulatan, bunga, kupu-kupu, pelangi, dan polka dot. Yang penting pastikan ia tidak berlebihan. Warna pula sebaiknya tidak melebihi 3 atau 4 warna (melainkan ia bercorak pelangi).

tie-dye3

 

2. Padanan
Elakkan daripada memadankan tie-dye pada kedua-dua bahagian atas-bawah badan. Ia akan nampak serabut, tambahan lagi sekiranya kedua-dua corak itu berlainan. Pilih satu unsur untuk satu/dua pakaian saja – mungkin corak tie-dye pada bahagian atas badan sahaja, atau pada seluar sahaja.
Pemilihan sepasang corak yang sama atas-bawah mungkin sesuai untuk majlis atau keraian fesyen, namun tidak digalakkan jika dipakai untuk bersantai dan di tempat awam. Less is more.

tie-dye1 (1)

Dari kiri ke kanan: Gaya yang di luar kotak, padanan top-to-toe untuk tie-dye corak yang sama mungkin lebih sesuai untuk majlis fesyen. Untuk gaya harian, memadai untuk memakai corak tie-dye pada seluar atau baju sahaja, bukan kedua-duanya.

 

3. Paling selamat
Untuk penggayaan yang simple dan kemas, baju tie-dye sangat sesuai dikenakan dengan seluar jean atau chinos tetapi pastikan ia plain dan tidak bercorak.

tie-dye2b


Oleh Wan Mohd Firdaus, 31 Januari 2017

By Wan Firdaus
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

5 GAYA FESYEN BRIGHT VACHIRAWIT PILIHAN GLAM LELAKI

Bacaan Lanjut
DRIES VAN NOTEN UCAP SELAMAT TINGGAL KEPADA PENTAS FESYEN

DRIES VAN NOTEN UCAP SELAMAT TINGGAL KEPADA PENTAS FESYEN

Bacaan Lanjut
hackett London

HACKETT LONDON SELAMI SEMANGAT SEPANYOL BERSAMA JENSON BUTTON DAN MATTHEW GOODE

Bacaan Lanjut
Paris fashion week 2024

15 GAYA SELEBRITI LELAKI TERBAIK DI PARIS FASHION WEEK FALL 2024

Bacaan Lanjut
Uniqlo miracle air

5 SEBAB ANDA PERLU MELENGKAPKAN GEROBOK WORKWEAR ANDA DENGAN UNIQLO MIRACLE AIR

Bacaan Lanjut
Milan fashion week 2024

25 GAYA MENSWEAR SELEBRITI LELAKI TERBAIK DI MILAN FASHION WEEK 2024

Bacaan Lanjut