TREND PEMAKAIAN ‘HARNESS’ DI KARPET MERAH, IS IT A THING NOW?

Kelmarin, Screen Actors Guild Awards (SAG) yang ke-25 telah pun berlangsung di Los Angeles, Amerika Syarikat. Apa yang dinanti pastinya himpunan karpet merah selebriti dengan gaya yang memukau dan tersendiri. Antara yang menarik perhatian GL adalah kehadiran salah seorang pelakon filem Black Panther, si tampan Michael B Jordan.

Yang pasti, kehadirannya menyarung tuksedo berona biru navy dari Louis Vuitton nyata menyerlahkan personalitinya. Namun di sebalik itu, sarungan harness yang disarung pada keseluruhan gaya memegun sesetengah pemerhati fesyen. Ia berani, terang, dengan lapisan gabungan warna merah jambu, ungu, dan kuning, dan dilukis dengan monogram Louis Vuitton yang ikonik. Yang pasti, ada yang memuji, dan ada juga yang mengeji seakan tidak kena dengan gaya tersebut.Unusual, eye-catching, and head-turning, itu pandangan mereka! So, pemakaian harness, is it a trend now? Apparently, yes! 

Frederick M. Brown/Getty Images Entertainment/Getty Images

Tahukah anda, ini bukan kali pertama selebriti memanfaatkan pemakaian harness untuk penampilan di karpet merah acara-acara utama tahun ini; Timothée Chalamet sendiri pernah menyarungnya pada malam Golden Globes baru-baru ini. Walaupun harness ini seakan vest, namun tidak semua menyukainya.

Jika sebelum ini, Adam Rippon pernah mencipta kontroversi di Oscar menyarung harness yang diperbuat dari tali kulit kuda yang melintang di dada serta perincian di bahagian bahu, seakan-akan mengajuk salah satu aktiviti seksual popular iaitu BDSM yang bermaskud (Bondage, Discipline, Sadism, and Masochism).

Berdasarkan laporan menshealth.com, yang pasti kita tidak boleh mengabaikan kenyataan dari Virgil Abloh, pereka  juga seorang DJ yang bertanggungjawab menghasilkan harness yang disarung Michael B Jordan. Jelasnya, inspirasi harness ini datangnya dari tali pinggang lelaki Louis Vuitton lalu memanfaatkan untuk rekaan bagi koleksi spring/summer 2019. Dan secara tidak langsung, pemakaian harness ini sudah mula mendapat tempat di hari para selebriti dan seterusnya menjadi trend aksesori pakaian lelaki popular pada tahun 2019.

Virgil Abloh

Oleh Wan Mohd Firdaus, 29 Januari 2019

 

 

 

Tags: , , ,

Copyright © 2017. Blu Inc Media Sdn Bhd (7408-K). Hak Cipta Terpelihara.