ZAYN MALIK LANCARKAN KOLEKSI VERSACE DENGAN BELLA HADID

Share on FacebookTweet about this on TwitterShare on Google+Pin on PinterestShare on StumbleUpon

Koleksi kolabrasi penyanyi terkenal Zayn Malik bersama Versus Versace kini tiba! Koleksi yang diberi nama Zayn X Versus ini turut menampilkan Bella Hadid, iaitu adik kepada teman wanita Zayn, Gigi Hadid. Bella bertanggungjawab memperagakan barisan koleksi fesyen diversi wanita.

Jelas Zayn lagi, “Semasa saya membersar di Bradford, England saya seringkali menyarung stokin Versace. Tidak sangka satu hari nanti saya dapat mereka rekaan saya sendiri. Saya ingin ucapkan terima kasih kepada Donatella Versace kerana membenarkan saya meneruskan impian saya ini”.

(Photo credit: JustJared)

Pertama kali bekerjasama dengan Bella, penyanyi berusia 20 tahun itu menganggap Bella sangat profesional dan banyak mengajarnya dalam beraksi di hadapan kamera. Bekas ahli kumpulan One Direction itu turut mengakui teman wanitanya, Gigi turut sama terlibat dalam proses rekaan barisan koleksi ini.

(Photo credit: JustJared)

Koleksi ini sudah mula dijual bermula 19 haribulan di laman rasmi versusversace.com dan di pasaran pada 28 haribulan nanti, berikutan perasmian butik ini yang akan diadakan di New York di mana hasil kutipan jualan disalurkan ke badan kebajikan.

Tags: , , , ,

Copyright © 2017. Blu Inc Media Sdn Bhd (7408-K). Hak Cipta Terpelihara.