Skip to content

10 FAKTA MENGEJUTKAN TENTANG KOREA UTARA

Kongsikan artikel ini

Ya, negara digemparkan dengan pembunuhan seorang rakyat Korea Utara iaitu abang kepada pemimpin Korea Utara, Kim Jong-nam. Memandangkan Malaysia sedang mempunyai hubungan dingin dengan Korea Utara gara-gara pembunuhan abang tiri Kim Jong Un yakni presiden Korea Utara itu, GLAM Lelaki senaraikan 10 fakta mengejutkan tentang Korea Utara yang mengamalkan gaya pemerintahan autokratik ini.

1. Penggunaan internet tidak dibenarkan untuk digunakan di seluruh kawasan di dalam Korea Utara. Sesiapa yang mahu menggunakan internet perlu mendapatkan kebenaran daripada pihak kerajaan Korea Utara.

2. Kalendar Korea Utara bersandarkan pada tarikh lahir Kim Il-Sung iaitu pada 15 April 1912.

3. Proses undian Korea Utara akan hanya mempunyai satu pilihan sahaja. Jadi, sudah semestinya rakyat tiada pilihan untuk mengundi pemimpinnya.

4. Menurut kajian kerajaan Korea Selatan, terdapat seramai 154,000 orang rakyat Korea Utara yang terpenjara dalam negara mereka sendiri. Mereka dikurung dalam kawasan berpagar yang dipasang menggunakan dawai berduri yang berelektrik.

5. Jika seorang sahaja melanggar undang-undang atau dihantar untuk memasuki kem penjara, ia turut akan memberi kesan kepada seluruh keluarga. Datuk nenek, ibu bapa, dan anak-anak pesalah akan dihantar bekerja untuk mereka. Negara ini mengamalkan hukuman untuk tiga generasi sekaligus.

6. Sekurang-kurangnya ada seorang sahaja warga Amerika Syarikat yang berani menetap di Korea Utara.  Selepas perang Korea, Joseph Dresnok melintasi sempadan lombong ke Korea Utara. Dia berjumpa dengan tiga oang tentera Amerika yang turut melakukan perkara yang sama. Namun, Dresnok seorang sahaja yang memilih untuk menetap di sana. Dia akui yang mana dia merasakan seperti berada di rumah (tanah air). (Sumber: Majalah EH!)

7. Separuh dari populasi tinggal dalam keadaan kemiskinan melampau. Ini bermakna separuh dari 24 juta orang penduduk Korea Utara tidak mempunyai bahan keperluan asas.

8. Secara teknikal, Korea Utara dikatakan bukan bangsa komunis. Mereka mengatakan yang mereka mengikut ideologi Juche atau menolak untuk bergantung pada negara lain, menggunakan akal sendiri dan percaya pada satu sumber kekuatan sahaja. Namun dikatakan banyak ideologi ini berasaskan dari pemimpin komunis dahulu kala.

9. Rakyat Korea Utara yang mempunyai komputer di mana kebanyakan daripada mereka menetap di bandar-bandar besar hanya mempunyai kemudahan internet sehingga bandar Kwangmyong sahaja.

10. Disebabkan kekurangan sumber luar, Korea Utara terpaksa menggunakan najis manusia yang dikutip setiap hari sebagai baja.

Oleh Wan Mohd Firdaus, 10 Mac 2017

By Wan Firdaus
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

DAVID BECKHAM FAIL TUNTUTAN SAMAN RM50 JUTA TERHADAP MARK WAHLBERG

DAVID BECKHAM FAIL TUNTUTAN SAMAN RM50 JUTA TERHADAP MARK WAHLBERG

Bacaan Lanjut
AMIR MASDI TERUJA TERAJUI KONSERT SEARCH GEMURUH

AMIR MASDI TERUJA TERAJUI KONSERT SEARCH GEMURUH

Bacaan Lanjut
Rizal Rasid #GLBlackWhiteSeries

“SAYA AKAN MEMILIH ERNIE ZAKRI” – RIZAL RASID #GLBLACKWHITESERIES

Bacaan Lanjut
BRIGHT VACHIRAWIT & NENE AKHIRNYA MENGAKU DILAMUN CINTA

BRIGHT VACHIRAWIT & NENE AKHIRNYA MENGAKU DILAMUN CINTA

Bacaan Lanjut
G-DRAGON BUAT KEMUNCULAN SEMULA DALAM INDUSTRI MUZIK

G-DRAGON BUAT KEMUNCULAN SEMULA DALAM INDUSTRI MUZIK

Bacaan Lanjut
MENGAPA WESTLIFE KEMBALI BERAKSI DI MALAYSIA TANPA MARK FEEHILY?

MENGAPA WESTLIFE KEMBALI BERAKSI DI MALAYSIA TANPA MARK FEEHILY?

Bacaan Lanjut