Skip to content

12 TAMAN TEMA AIR TERBAIK HARUS ANDA SEKELUARGA KUNJUNGI

Kongsikan artikel ini
3 of 13

2. LOST WORLD OF TAMBUN

Terletak di Ipoh, Perak, perjalanan ke Lost World of Tambun hanya memerlukan masa dua jam jika anda bertolak daripada Kuala Lumpur. Lost World of Tambun adalah destinasi percutian yang paling digemari di kalangan keluarga. Taman tema yang serba lengkap ini dikelilingi oleh hutan tropika yang subur, mata air panas semula jadi, gua batu kapur yang menakjubkan dari 400 juta tahun dan tujuh taman tarikan yang mengagumkan menjadikannnya destinasi percutian yang menyeronokkan.

Waktu Operasi: Memulakan operasi pada jam 11 pagi sehingga 6 petang pada hari Isnin hingga Jumaat dan 10 pagi dan 6 petang pada hujung minggu. Taman tema akan ditutup pada hari Selasa kecuali pada hari cuti sekolah atau cuti am Malaysia.

Harga Tiket: Dengan satu harga tiket, anda boleh mencuba kesemua tarikan yang terdapat di taman tema ini (kecuali untuk pay-per-ride). Harga tiket bagi dewasa ( 13 tahun ke atas) adalah RM90. Bagi kanak-kanak (12 tahun ke bawah) dan warga emas (60 tahun ke atas) pula adalah RM83. Bagi harga tiket kanak-kanak hanya tertakhluk pada kanak-kanak yang mempunyai ketinggian 90cm ke atas dan juga berusia 12 tahun ke bawah. Bagi kanak-kanak yang mempunyai ketinggian kurang daripada 90cm, kemasukan adalah percuma.

Kemudahan: Sama seperti Sunway Lagoon, Lost World of Tambun menawarkan pelbagai tarikan yang menarik. Selain daripada bermain, anak anda juga berpeluang untuk merasai pengalaman melombong biji timah dan nikmati ketenangan sambil berendam di dalam kolam air panas. Anda juga boleh menginap di Lost World Hotel yang menawarkan harga yang berpatutan. Selain itu, pihak Lost World of Tambun turut menyediakan bas untuk membawa anda pergi ke destinasi yang anda inginkan. Anda juga boleh menikmati hidangan kegemaran anda sambil menikmati keindahan hutan tropika di beberapa gerai makanan yang disediakan seperti Jipangi dan Lost World Ipoh Street.

Layari laman sesawang Lost World of Tambun atau sosial media Facebook, Twitter dan Instagram untuk lebih info lanjut.

3 of 13

By Wan Firdaus
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

Tanah Gajah Ubud Bali

OASIS PERCUTIAN ALAM SEMULA JADI DI UBUD, BALI

Bacaan Lanjut
percutian new Zealand

10 DESTINASI PERCUTIAN MESRA-MUSLIM DAN HALAL DI NEW ZEALAND

Bacaan Lanjut

LEXIS HIBISCUS PORT DICKSON MENUTUP TIRAI 2023 DENGAN PENUH MERIAH

Bacaan Lanjut

DOUBLETREE BY HILTON PUTRAJAYA LAKESIDE MENAWARKAN PERCUTIAN ‘THE MALAYSIAN EXPERIENCE’ BAHARU

Bacaan Lanjut

TEROKAI PERCUTIAN ‘JIM THOMPSON MYSTERY WEEKEND’ DI CAMERON HIGHLANDS RESORT

Bacaan Lanjut
KOLEKSI DISNEY X TOMMY, APA YANG MENARIK?

KOLEKSI DISNEY X TOMMY, APA YANG MENARIK?

Bacaan Lanjut