Skip to content

5 AKSESORI DEKORASI KEDIAMAN BUAT LELAKI MODEN MASA KINI

Kongsikan artikel ini

Musim luruh ini, H&M HOME membariskan seleksi aksesori dekorasi kediaman yang menceduk inpisrasi daripada setiap elemen deria buat lelaki moden masa kini.

Hari ini, seni dekorasi kediaman menjadi keutamaan buat lelaki moden dalam variasi ilham dan inspirasi. Lelaki kini lebih berani dan terbuka untuk bereksperimentasi dengan objek dan aksesori dalam menghiasi segenap ruang. Bersempena dengan kehadiran musim luruh tahun ini, H&M HOME membariskan seleksi aksesori dekorasi kediaman yang menceduk inpisrasi daripada setiap elemen deria buat lelaki moden masa kini.

Lihat, bau, dengar, sentuh dan rasa menjadi fokus dalam mengilhamkan ruang kediaman yang lebih selesa dan natural. Deria sentuhan fokuspada  pemilihan material taktil seperti kusyen hiasan dan bantal lembut, selain ambal wool bulu yang dapat mengurangkan bunyi pada deria pendengaran. Tidak dilupakan, eksplorasi deria bau dengan lilin haruman dan difusser yang dapat menyerlahkan wangian pada segenap ruang kediaman.

Berkut adalah 5 aksesori dekorasi kediaman pilihan GLAM Lelaki buat lelaki moden masa kini:

Sarung Kusyen Kanvas

Sarung kusyen dengan material kanvas kapas ini menampilkan motif grafik cetak yang pasti memberikan sentuhan warna blok pada dekorasi ruang tamu.

 

Vas Stoneware

Bold dan mencuri perhatian, vas ini boleh diriaskan bersama bunga hidup atau diletakkan begitu sahaja di atas rak hiasan sebagai aksesori yang kontemporari.

 

Cadar Tilam Linen

Sempurna kamar tidur dengan cadar tilam linen yang hadir dalam tiga warna baharu musim ini. Cadar ini akan menjadi lebih lembut dan elegan selepas digunakan kerap kali.

 

Bakul Simpanan Seagrass

Pemilihan material yang letari bukan sahaja dapat membantu mneyelamatkan Bumi, ia turut sama dapat menyuntik estetika semulajadi pada ruang kediaman yang lebih natural dengan bakul multi-fungsi ini.

 

Diffuser Haruman

Botol kaca dengan lidi ini bukan sahaja elegan sebagai aksesori dekorasi, tetapi akan mewangikan segenab ruang yang akan merangsang deria anda untuk berasa tenang dan relaks kala berada di rumah.

Koleksi H&M HOME untuk musim luruh ini boleh didapati di H&M Quill City Mall dan Avenue K Shopping Mall.

Foto: H&M HOME

Baca lebih lanjut: “DIA SUKA MEMENDAMKAN MASALAH DIRINYA, SAMA SEPERTI SAYA.” – FATTAH AMIN

By Muzammin Muzlan
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

dekorasi raya

3 IDEA INSPO RAYA UNTUK DEKORASI RUMAH BAWAH RM100

Bacaan Lanjut
H&M Rabanne

H&M MEMBAWA GLITZ & GLAMOUR DENGAN RABANNE

Bacaan Lanjut

H&M DENGAN RABANNE UMUM KERJASAMA CIPTA HELAIAN INSPIRASI DISKO 70-AN

Bacaan Lanjut
TINJAU BEBERAPA KEDIAMAN MARILYN MONROE YANG KINI BERNILAI JUTAAN RINGGIT

TINJAU BEBERAPA KEDIAMAN MARILYN MONROE YANG KINI BERNILAI JUTAAN RINGGIT

Bacaan Lanjut
GLAM LELAKI Mierul Aiman

HOT BOY SUMMER! MIERUL AIMAN IS GLAM LELAKI MAY/JUNE’S COVER BOY

Bacaan Lanjut
VA VA VOOM ATHINA! ATHINA KAMARUDIN IS GLAM LELAKI MAY/JUNE'S COVERGIRL

VA VA VOOM ATHINA! ATHINA KAMARUDIN IS GLAM LELAKI MAY/JUNE’S COVERGIRL

Bacaan Lanjut