Skip to content

DERUAN GRAN TURISMO 7 X DIOR 02

DERUAN GRAN TURISMO 7 X DIOR

Kongsikan artikel ini

‘Gran Turismo’ X Dior hadirkan item fesyen eksklusif langsung menjadikannya projek kolaborasi fesyen virtual pertama buat rumah fesyen Dior ini bersama permainan video simulasi perlumbaan realiti terkemuka dunia ini.

Dior mengumumkan permulaan kolaborasi baharunya, merangkap projek fesyen virtual pertama bagi rumah fesyen ini bersama Gran Turismo di World Series Showdown di Salzburg, Austria. Menerusi permainan video ini, Gran Turismo 7 bakal menampilkan kelengkapan perlumbaan hasil pimpinan eksklusif oleh Pengarah Artistik Dior Men, Kim Jones.

DERUAN GRAN TURISMO 7 X DIOR 01

Foto : Dior

Dalam permainan ini, Kim Jones memberikan outfit lumba atau balapan yang lebih dinamik pastinya, untuk seorang pelumba. Yakni berupa jumpsuit dalam warna hijau dan kuning lengkap dengan sarung tangan yang sepadan. Tampil sama, sepatu pelumba yang mengambil interpretasi Diorizon. Sementara itu, helmet hadir dalam warna kelabu dan biru dengan konstruksi gaya full face yang mana bahagian penutup matanya disempurnakan dengan kaca cermin reflektif. Pada jumpsuit-nya tertera nombor 47, merupakan tahun perkenalan perdana buat Dior sebagai rumah fesyen lalu menyelenggarakan pementasan himpunan sulungnya pada tahun 1947.

DERUAN GRAN TURISMO 7 X DIOR 03

Foto : Dior

Kesemua item eksklusif ini boleh digunakan pada avatar pemandu oleh pemain. Sekali gus, hadir sama kereta vintaj tersuai, De Tomaso Mangusta yang juga direka khas oleh Pengarah Artistik buat Dior Men ini. Memiliki warna putih krim bercampur kelabu, ditambah racing number 47 dan pelekat bertuliskan Dior. Mobil lumba ini akan menuju ke pengedar kereta Hagerty Collection Legends menerusi permainan video ini. Kesemua kandungan baharu ini adalah eksklusif buat konsol permainan video PlayStation 5 dan 4 memandangkan Gran Turismo 7 adalah eksklusif bersama PlayStation.

By Zuhairie Sahrom
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

mile apo

LIVESTREAM – SAKSIKAN PEMENTASAN DIOR MEN WINTER 2024 DI SINI

Bacaan Lanjut

FIRST LOOK: KONSEP BAHARU BUTIK DIOR DI THE EXCHANGE TRX

Bacaan Lanjut

#GLFIRSTFESYEN PERTUNJUKAN DIOR MEN WINTER 2023 – LIVESTREAMING

Bacaan Lanjut

DIOR HADIRKAN KOLEKSI KAPSUL CD 1947

Bacaan Lanjut

GL FIRST: DIOR MEN SPRING 23 CAPSULE COLLECTION

Bacaan Lanjut

GL FIRST: DIOR WINTER 22-23

Bacaan Lanjut