Skip to content

GARMIN EPIX GEN 2, FENIX 7 & INSTINCT 2: JAM TANGAN PINTAR BUAT LELAKI MODEN

Kongsikan artikel ini
2 of 4

EPIX GEN 2 – Ritma Urban Epik

Hadir dengan generasi kedua buat lelaki yang cintakan alam semulajadi, EPIX GEN 2 merupakan jam tangan pintar GPS aktif premium yang dilengkapi dengan spesifikasi pengembaraan dunia luar untuk menyerlahkan semangat ritma urban yang sebenar. Kekal bergaya dengan paparan AMOLED 1.3” berdefinisi tinggi dengan kanta kristal nilam dan bezel titanium. Ia telah melepasi ujian U.S. Military Standard MIL-STD-810 yang akan memastikan pengguna terus bersedia untuk berjuang di pejabat, gimnasium mahupun hutan belantara.

EPIX GEN 2 cukup fleksibel untuk apa jua keadaan cuaca, mudah bertukar kepada mod berbeza dengan dwi-sentuhan dan butang. Kuasa baterinya mampu bertahan sehingga 16 hari (paparan AMOLED) atau 21 hari (fungsi Power Manager). Sambil mendengar muzik menggunakan Spotify atau aplikasi muzik kegemaran anda, teknologi yang terdapat dalam jam tangan pintar ini pasti membawa pengguna keluar dari zon selesa.

 

Apakah kelebihan lain yang menarik mengenai EPIX GEN 2?

– Menggunakan sistem posisi satelit yang pelbagai (GPS, GLONASS dan Galileo) dan kini dengan GNSS multi-band, ia akan meningkatkan lagi ketepatan dan kelajuan dalam keadan paling mencabar.

– Dilengkapi dengan peta kontur, panduan kepada resort ski terkenal dunia dan lebih 42,000 peta lapangan golf. Peta global juga boleh dimuat turun secara percuma.

– Disertakan dengan barisan fungsi seperti waktu matahari terbit dan terbenam, kondisi cuaca, sensor ABC (altimeter, barometer, 3-paksi kompas elektronik).

– Lebih daripada 40 mod sukan dan senaman seperti larian, basikal bukit, renang laut, triathlon, rowing, golf, latihan pemberat, HIIT dan banyak lagi.

– Mengawasi kadar kesihatan badan melalui metrik sains seperti kadar degupan jantungm oksigen darah, tidur, kalori dan Body Battery.

Lebih maklumat mengenai EPIX GEN 2 DI SINI

2 of 4

By Muzammin Muzlan
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

suunto malaysia

SUUNTO VERTICAL – JAM TANGAN PINTAR PALING BERKUASA UNTUK PENGEMBARAAN LELAKI ALPHA

Bacaan Lanjut
GARMIN INSTINCT CROSSOVER, JAM TANGAN PINTAR YANG LEBIH TAHAN LASAK UNTUK PENGEMBARAAN LELAKI ALFA

GARMIN INSTINCT CROSSOVER, JAM TANGAN PINTAR YANG LEBIH TAHAN LASAK UNTUK PENGEMBARAAN LELAKI ALFA

Bacaan Lanjut
CIRI TERBARU APPLE FITNESS+ HADIR UNTUK PENGGUNA IPHONE BERMULA HARI INI

CIRI TERKINI FITNESS+ KINI BOLEH DINIKMATI TANPA APPLE WATCH

Bacaan Lanjut
montblanc summit 3

PADUAN TEKNOLOGI DENGAN LEGASI MONTBLANC SUMMIT 3

Bacaan Lanjut
PERANTI PINTAR SAMSUNG PELENGKAP GAYA SEHARIAN

PRE-ORDER PERANTI SAMSUNG HARI INI

Bacaan Lanjut

HUAWEI P50 & WATCH GT 3 PRO: MENDEFINISI ESTETIKA TEKNOLOGI MASA HADAPAN

Bacaan Lanjut