Skip to content

IMAGINASI SI PUTERA KECIL

Kongsikan artikel ini

Kini meraikan ulangtahunnya yang ke-75, cerita dongeng Le Petit Prince karya penulis Peranchis, Antoine de Saint- Exupéry masih kuat pengaruhnya. Lebih dikenali dengan nama terjemahan Inggerisnya, The Little Prince, karya ini antara buku yang paling kerap diterjemahkan ke dalam bahasa lain, dan sering diadaptasikan dalam pelbagai medium. Antaranya sebagai karya teater dan opera, tarian balet, siri TV, animasi Jepun dan juga beberapa filem, termasuk filem animasi 3D produksi Netflix tahun lalu yang menampilkan bakat suara Rachel McAdams, Jeff Bridges dan Marion Cotillard.

Ceritanya berkisar pengembaraan seorang putera muda yang berasal dari sebuah planet asing, yang menjelajah ke bumi dan bertemu seorang juruterbang di sebuah padang pasir. Sepanjang penerokaannya, putera kecil ini membuat pemerhatian tentang nilai hubungan sesama manusia, perkongsian idea dan persahabatan. Dengan ilustrasi cat air hasil tangan Antoine de Saint- Exupéry sendiri, Le Petit Prince turut menyentuh tema keterbukaan terhadap imaginasi.

Duta jenama Montblanc, Hugh Jackman dan penyanyi Rita Ora bersama CEO Montblanc, Nicolas Baretzki di kota New York sempena pelancaran himpunan Montblanc Meisterstück Le Petit Prince Edisi Terhad

Dan siapalah si penulis tanpa imaginasi? Maka Montblanc melancarkan koleksi khas Meisterstück Le Petit Prince Edisi Terhad, satu siri instrumen penulisan yang mahu memperingatkan kita kepada kuasa suatu imaginasi. Antara himpunan ikonik jenama ini, Meisterstück merupakan barisan pena cukup terkenal dan menjadi pilihan personaliti terkemuka dunia termasuk penulis Ernest Hemingway, Barack Obama, Ratu Elizabeth II, juga pelakon-pelakon seperti Dustin Hoffman dan Johnny Depp. Nyatalah, pena Montblanc bukanlah sekadar instrumen menulis, tapi juga satu simbol status berprestij.

Rekaan koleksi Meisterstück Le Petit Prince Edisi Terhad ini diilhamkan daripada karakter The Little Prince itu sendiri bersama rakannya, si Musang berbulu jingga. Koleksi ini merangkumi model Meisterstück Le Petit Prince Edisi Istimewa, Edisi Istimewa LeGrand, Edisi Doué Classique, dan model Solitaire.

2 of 19

Perincian mata pena bersalut rhodium 14K  dengan lukisan ukiran tangan pada pena 118056 Montblanc Meisterstück Le Petit Prince Edisi Istimewa

2 of 19

Perincian mata pena bersalut rhodium 14K  dengan lukisan ukiran tangan pada pena 118056 Montblanc Meisterstück Le Petit Prince Edisi Istimewa

By Abdul Aziz Draim
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

rancangan baru January 2024

15 RANCANGAN ‘MUST WATCH’ SEPANJANG JANUARI 2024

Bacaan Lanjut

PENGEMBARAAN MONTBLANC EXPLORER PLATINUM BAHARU DI MALAM ALPHAMEN 2023

Bacaan Lanjut

MONTBLANC MEMARTABATKAN PUSTAKA

Bacaan Lanjut

MALAM ALPHAMEN 2023 DIRAIKAN PENUH MERIAH

Bacaan Lanjut

“USAH RISAU TENTANG KEMASYHURAN DAN KEKAYAAN, IA AKAN DATANG SENDIRI” – DATO’ SRI BERNARD CHANDRAN #GLALPHAMEN2023

Bacaan Lanjut
Tony Eusoff

“SEBENARNYA SAYA PUN MASIH TERKIAL-KIAL UNTUK KEKAL RELEVAN DALAM INDUSTRI.” – TONY EUSOFF #GLALPHAMEN2023

Bacaan Lanjut