Skip to content

INI KEPUTUSAN RASMI PERLUMBAAN ANTARA PHELPS VS JERUNG

Kongsikan artikel ini

Siapa yang tidak mengenali Michael Phelps, jaguh renang dunia dari Amerika Syarikat yang telah memenangi 28 emas, antaranya rekod 23 pingat emas Olimpik, termasuk 13 pingat emas acara individu. Dan sekitar tahun lepas, Phelps membuat keputusan mengejutkan, iaitu untuk menyaingi bukan manusia, namun jerung putih yang dikatakan antara spesis hidupan air yang memiliki kelajuan mengagumkan di dalam air. Seakan mencabar diri, hajat Phelps didengari oleh Discovery Channel (DC). Dan dengan bantuan saluran dokumentari itu, pertandingan antara Phelps vs Jerung Putih akan ditayangkan dalam salah satu rancangan DC iaitu Shark Week edisi istimewa,”Phelps vs. Shark: Great Gold vs. Great White”, and guess what? The results are in! 

Spoiler alert! Ya, jerung putih membuktikan tiada apa yang mampu menewaskan ‘kehebatan’ spesis itu berenang di dalam air, mahupun dicabar oleh juara renang dunia. Jerung putih tersebut nyata mendahului Phelps, dengan hanya tempoh dua saat di hadapan!

Balapan  renang terbuka (open water) itu khabarnya diadakan di Cape Town, South Africa, namun ramai yang kecewa kerana Phelps dikhabarkan tidak ‘berlumba’ bersebelahan dengan jerung putih. Ramai menganggap ia bukan perlumbaan sebenar. Khabarnya, rakaman aksi kedua-dua Phelps dan jerung putih itu berenang dirakam secara berasingan melalui simulasi komputer. Oh no! Ini antara respon-respon netizen yang dilihat agak kecewa memandangkan perlumbaan ini amat cukup dinantikan terutama sekali peminat Phelps.

Michael Phelps loses to shark in race

Advantage: shark

Sports Illustrated 发布于 2017年7月23日

 

Atas faktor keselematan dan saranan pihak tertentu, Phelps terpaksa akur dengan dua perkara – tidak dapat menyaingi bersebelahan, serta kalah kepada jerung putih. Walaupun kalah, namun team Phelps ternyata mencuba sehabis baik dengan menyediakan peralatan terbaik buat Phelps, seperti wetsuit berkulit serta menofin menyerupai ekor ikan jerung. Apa-apa pun tahniah buat Phelps atas usaha keras mencabar dirinya.

Oleh Wan Mohd Firdaus, 24 Julai 2017

 

olimpik

By Wan Firdaus
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

LEXIS HIBISCUS PORT DICKSON MENUTUP TIRAI 2023 DENGAN PENUH MERIAH

Bacaan Lanjut

STREET PIZZA MILIK GORDON RAMSAY KINI DIBUKA DI SUNWAY PYRAMID

Bacaan Lanjut
Ruark

SISTEM MUZIK REVOLUSIONER SIRI 100 RUARK MENGHUBUNGKAN ANDA DENGAN MUZIK

Bacaan Lanjut
10 SELEBRITI WANITA YANG MELAMAR PASANGAN HIDUP MEREKA

10 SELEBRITI WANITA YANG MELAMAR PASANGAN HIDUP MEREKA

Bacaan Lanjut

BACHA COFFEE MEMBUKA DESTINASI SUMBANGANNYA DI SURIA KLCC

Bacaan Lanjut
senaman sakit pinggang

5 SENAMAN TERBAIK UNTUK KURANGKAN SAKIT PINGGANG

Bacaan Lanjut