Skip to content

KELESTARIAN ACER ASPIRE VERO EDISI NATIONAL GEOGRAPHIC

Kongsikan artikel ini
2 of 2

Desain Logo Ikonik

Aspire Vero Edisi National Geographic Edition hadir dengan beberapa garisan  pepenjuru, separuh di bahagian penutup atas. Diekstrak daripada peta topografi, garisan itu membahagikan permukaan kepada paras laut dan darat, sebagai impak pemanasan global terhadap peningkatan paras laut. Membuka komputer riba ini, logo ‘yellow border’ ikonik National Geographic dicetak di sudut kanan bawah papan kekunci. “For Planet Earth” ditulis di atas kekunci spacebardan cetakan berwarna kuning.

Bungkusan Aspire Vero Edisi National Geographic direka sebagai kotak pelbagai guna yang boleh dimanfaatkan semula. Selain boleh menukarkan pembahagi dalaman kepada stand untuk meletakkan komputer riba, kotak tersebut mempunyai karakter yang sesuai dijadikan dekorasi yang juga boleh diletakkan di atas almari atau di sudut meja.

Teknologi Pintar

Dilengkapi skrin 15.6-inci FHD IPS, peranti terbaharu ini dikuasakan Intel Core i7 dengan 16GB DDR4 RAM dan 1TB PCIe NVMe SSD. Ia menyediakan beberapa port, termasuk USB Type-C dan dua USB 3.2 Gen1 Type-A, yang boleh digunakan untuk mengecas peranti mudah alih walaupun ketika komputer riba ditutup. Ia juga hadir dengan portRJ-45 Ethernet dan Wi-Fi 6 yang membolehkan ketersambungan yang pintar.

Pra-tempahan untuk Acer Aspire Vero Edisi National Geographic bermula pada 1 Mei 2022 pada harga RM4,299 yang hadir dengan Windows 11 dan Microsoft Office Home & Student 2021. Siri promosi computer terbaharu daripada Acer ini dijalankan sehingga 31 Julai 2022. Untuk maklumat lanjut, layari acer.com.my dan www.natgeo.com/info

 

Foto: Acer Malaysia

Baca lebih lanjut: NESPRESSO MOMENTO COFFEE: MESIN KOPI TANPA SENTUHAN

2 of 2

By Muzammin Muzlan
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

6 KEDAI BUNDLE PALING POPULAR DI LEMBAH KLANG

Bacaan Lanjut
Ruark

SISTEM MUZIK REVOLUSIONER SIRI 100 RUARK MENGHUBUNGKAN ANDA DENGAN MUZIK

Bacaan Lanjut
GoPro Hero12 black

5 PERKARA PERLU TAHU MENGENAI GOPRO HERO12 BLACK TERBAHARU

Bacaan Lanjut

APA YANG MENARIK DENGAN HUAWEI MATEPAD AIR TERBAHARU?

Bacaan Lanjut

SAMSUNG GALAXY Z FOLD5, REVOLUSI ‘KOMPUTER RIBA MINI’ YANG BERKUASA DAN MESRA POKET

Bacaan Lanjut
samsung galaxy z flip5

APA CIRI BAHARU YANG MEMBUAT SAMSUNG GALAXY Z FLIP5 LEBIH BERKUASA ?

Bacaan Lanjut