Skip to content

LEDAKAN KOLABERASI PERTAMA THE ROCK X UNDER ARMOUR

Kongsikan artikel ini

Sekiranya anda peminat nombor 1 bintang gusti dan pelakon aksi terkenal The Rock atau Dwayne Johnson, anda pasti dalam melihat beliau banyak menyarung pakaian eksklusif Under Armour terutama sekali dalam filem francais terkemuka, Fast dan Furious. Pada Oktober 2015 lalu, aktor dan juga bekas atlit WWE itu secara rasmi menandatangani kerjasama dengan jenama apparel Under Armour, namun ketika itu masih belum ada projek yang dikhabarkan berlangsung.

(Photo credit: underarmour.com)

Namun semalam, pengumuman rasmi oleh beliau di laman rasmi Instagramnya ternyata mengujakan peminat dan pengemar pakaian jenama tersebut. The Rock dan Under Armour berkolaberasi dan mengeluarkan kasut latihan atau sneaker yang diberi nama #ROCKDELTA atau UA x Project Rock, . Jelas The Rock lagi, beliau sendiri menyarung kasut tersebut semasa bersenam dan berlatih di gim dan yakini kasut ini pasti memberikan pengalaman di tahap yang seterusnya.

Barisan pakaian sukan atau gim ini tidak terhad kepada kasut saja, namun termasuk kemeja, leggings, stokin, seluar, beg, topi dan banyak lagi. Malah setiap item memiliki logo dan terpampang Brahma Bull” atau frasa “Blood, Sweat, Respect”. Berdasarkan siaran media, koleksi Projek Rock ini dipertingkatkan dengan teknologi SuperVent Under Armour, dengan “penyejukan , ruang pengudaraan dan pengurusan kelembapan yang dipertingkatkan”.

Oleh Wan Mohd Firdaus, 7 Mac 2017

 

By Wan Firdaus
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

LEXIS HIBISCUS PORT DICKSON MENUTUP TIRAI 2023 DENGAN PENUH MERIAH

Bacaan Lanjut

LULULEMON MELANCARKAN KEDAI TERBESAR DALAM MALAYSIA DI THE EXCHANGE TRX

Bacaan Lanjut

STREET PIZZA MILIK GORDON RAMSAY KINI DIBUKA DI SUNWAY PYRAMID

Bacaan Lanjut
Ruark

SISTEM MUZIK REVOLUSIONER SIRI 100 RUARK MENGHUBUNGKAN ANDA DENGAN MUZIK

Bacaan Lanjut
10 SELEBRITI WANITA YANG MELAMAR PASANGAN HIDUP MEREKA

10 SELEBRITI WANITA YANG MELAMAR PASANGAN HIDUP MEREKA

Bacaan Lanjut

BACHA COFFEE MEMBUKA DESTINASI SUMBANGANNYA DI SURIA KLCC

Bacaan Lanjut