Skip to content

Datuk Zainal Abidin

KONSERT ISTIMEWA AMBANG TAHUN BAHARU BERSAMA DATUK ZAINAL ABIDIN

Kongsikan artikel ini
2 of 2

“Mereka ini semuanya bukan calang-calang pemuzik dan pada saya, adalah di antara yang terbaik di negara ini. Mereka ini juga sering diburu produser atau artis luar negara yang memerlukan khidmat serta ilmu pengetahuan muzik mereka yang mendalam. Kami semuanya telah lama membuat persembahan bersama, dan mereka amat memahami muzik serta cara saya di atas pentas,” jelas Datuk Zainal Abidin.

Datuk Zainal Abidin

“Saya amat bersyukur kerana diberikan peluang sekali lagi untuk berkongsi pentas di The Bee, serta menghiburkan peminat-peminat kami yang sudah lama tidak menyaksikan kami beraksi bersama-sama,” tambahnya lagi.

Dengan senarai lagu-lagu yang begitu banyak, bermula dari ketika masih lagi menjadi anggota di dalam kumpulan pop-synth 80an, Headwind, ianya pasti menjadi suatu yang sukar untuk Zainal memilih senarai akhir repertoire lagu bagi setiap persembahannya.

“Proses pemilihan lagu ini amat kolaboratif di antara saya dan anggota band. Selain ‘Hijau’ yang seakan lagu wajib untuk setiap persembahan, kami perlu memahami tujuan peminat-peminat hadir ke konsert tersebut. Di sinilah pentingnya pengalaman, dan kami harus punyai elemen fleksibiliti untuk memastikan kejayaan setiap konsert, justeru audiens kami turut terhibur dan pulang bersama memori indah”.

Datuk Zainal Abidin

Konsert ianjuran RK Live Asia ini akan diadakan pada 31 Disember 2022 pada jam 8 malam di The Bee Publika. Tiket boleh didapati secara tempahan atau dibeli pada hari acara dengan harga RM83.00, dan pakej bermula pada harga RM300.00. Mesej Whatsapp ke The Bee di +60175654233 untuk dapatkan tiket.

 

Foto: RK Live Asia

Baca lebih lanjut: KUALA LUMPUR MENDUDUKI TEMPAT #2 DESTINASI PELANCONGAN TERSOHOR DUNIA

2 of 2

By Muzammin Muzlan
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

RENAISSANCE FILEM BY BEYONCÉ DITAYANGKAN DISEMBER INI

Bacaan Lanjut
NOH SALLEH KEMBALI MEMEGANG STATUS SUAMI

NOH SALLEH KEMBALI MEMEGANG STATUS SUAMI

Bacaan Lanjut
RIHANNA & ASAP ROCKY DIKURNIA CAHAYA MATA KEDUA

RIHANNA & ASAP ROCKY DIKURNIA CAHAYA MATA KEDUA

Bacaan Lanjut

FESYEN PALING KONTROVERSIAL HARRY STYLES DI KONSERT JELAJAH “LOVE ON TOUR”

Bacaan Lanjut
DI SEBALIK PEMBATALAN KONSERT LAUV: THE BETWEEN ALBUM TOUR DI KLCC

DI SEBALIK PEMBATALAN KONSERT LAUV: THE BETWEEN ALBUM TOUR DI KLCC

Bacaan Lanjut
CHRISTINNA KUAN, HUN HAQEEM & GUESS

CHRISTINNA KUAN, HUN HAQEEM & GUESS

Bacaan Lanjut