Skip to content

LAGENDA 3310 KINI KEMBALI

Kongsikan artikel ini

​Nokia 3310 kini kembali! Ibarat bangkit dari persemadian, 3310 kini hadir dengan injeksi moden namun masih mengekalkan rekaan klasik. Dilancarkan secara rasmi di MWC (Kongres Mudah Alih) hari ini di Barcelona, yang menariknya ia bukanlah telefon pintar, sebaliknya ia hanyalah telefon mudah alih biasa. Atas sebab itu, Nokia 3310 memiliki ketahanan bateri luar biasa selama 30 hari dengan masa bercakap sehingga 22 jam lamanya! 

Perubahan pada reka bentuk memperlihatkan saiz skrin lebih besar, dengan susunan butang yang sama. Skrin 2.4“ berwarna dipadankan dengan storan 16 megabyte, dengan sokongan mikroSD 32 gigabyte. Disertakan dgn kamera 2 megapixel dan hanya menyokong rangkaian 2G. 

Malangnya masih belum ada maklumat mengenai tarikh ia akan mula dipasarkan. Namun, jangkaan harga adalah sekitar RM280. Nantikan perkembangan dari kami dari semasa ke semasa.

Oleh Wan Mohd Firdaus, 27 Februari 2017

By Wan Firdaus
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

Ruark

SISTEM MUZIK REVOLUSIONER SIRI 100 RUARK MENGHUBUNGKAN ANDA DENGAN MUZIK

Bacaan Lanjut
GoPro Hero12 black

5 PERKARA PERLU TAHU MENGENAI GOPRO HERO12 BLACK TERBAHARU

Bacaan Lanjut

APA YANG MENARIK DENGAN HUAWEI MATEPAD AIR TERBAHARU?

Bacaan Lanjut

SAMSUNG GALAXY Z FOLD5, REVOLUSI ‘KOMPUTER RIBA MINI’ YANG BERKUASA DAN MESRA POKET

Bacaan Lanjut
samsung galaxy z flip5

APA CIRI BAHARU YANG MEMBUAT SAMSUNG GALAXY Z FLIP5 LEBIH BERKUASA ?

Bacaan Lanjut
samsung galaxy tab s9

APA YANG MENARIK DENGAN SAMSUNG GALAXY TAB S9 TERBAHARU?

Bacaan Lanjut