Skip to content

Master Every Scene Bersama Siri Xiaomi 12 06

Master Every Scene Bersama Xiaomi 12 Series

Kongsikan artikel ini

Diperkasa dengan teknologi pemprosesan termaju lagi canggih, ayuh intip lapan aspek mengapa telefon pintar premium terbaru Xiaomi 12 Series bakal menerajui lalu menguasai pasaran telefon pintar tahun ini!

Xiaomi baru sahaja mengumumkan ketibaan barisan telefon pintar premium terbarunya iaitu Xiaomi 12 Series di Malaysia. Xiaomi 12 Pro dan Xiaomi 12 tampil diperkasa dengan teknologi pemprosesan termaju, sekali gus masing-masing hadir dalam pelbagai konfiurasi RAM serta storan. Bakal memudahkan urusan harian mahupun pemanfaatan profesional, GLAM Lelaki menyenaraikan 8 kesimpulan untuk anda membuat pra-pesanan dengan segera!

 

Konfigurasi Tiga Kamera 

Hadir dengan sensor baharu Sony IMX707 dengan resolusi 50MP, Xiaomi 12 Pro berkeupayaan untuk menangkap foton cahaya 49% lebih baik berbanding sebelumnya. Dua lagi kamera belakang yang menyertai telefon ini adalah kamera ultralebar 50MP dan kamera telefoto 50MP yang diperkasa sensor JN1. Beralih pula pada kamera utama Xiaomi 12, ia dilengkapi dengan sensor Sony IMX788 50MP berserta dua kamera lainnya adalah kamera 13MP ultralebar dan 5MP telemakro.

Rakaman Sinematik Pelbagai Senario 

Kuasai setiap senario dengan kesan khas profesional serta pilihan kreatif termasuk Xiaomi ProFocus dan One-click AI cinema. Sementara itu, telefon pintar ini dilengkapi videografi Ultra Night Video yang cemerlang dalam mengesan cahaya malap dengan lebih jitu. Tambah lagi, kesemua barisan Xiaomi 12 Series tampil dengan berbagai mod potret. Bertujuan untuk merakamkan setiap memori dengan lebih optimum ibarat hasil tangkapan foto profesional di studio.

Peningkatan Produktiviti Perprestasi Unggul

Xiaomi 12 Series adalah antara telefon pintar pertama yang mengusung cip terkini Snapdragon 8 Gen 1  yang diciptakan  Qualcomm. Sekali gus, membatasi bar pelaksanaan komputerisasi generasi akan datang dengan proses teknologi 4nm  yang tercanggih. Sungguhpun dilengkapi dengan pemprosesan yang sama, kedua-dua varian ini tampil dengan saiz serta panel skrin yang berbeza.

Nilai Estetik Halus Serba Baharu

Studio kreatif bersaiz poket mudah alih ini sangat selesa bersandar dalam telapak tangan, berkat konstruksi reka bentuk yang mesra lagi terpusat buat pengguna. Paparan 6.73-inci Xiaomi 12 Pro dirangka dengan bingkai beraksen lengkungan 3D nan sofistikated. Sementara itu, paparan 6.28-inci Xiaomi 12 yang berukuran 69.9mm lebar diserlahkan dengan bucu lengkungan bagi mengimbangi pemakaian sempurna. Kedua-dua peranti tersedia dalam warna Kelabu, Ungu dan Biru.

Piksel Warna Sehingga 68 bilion

Kedua-dua peranti menawarkan tontonan yang jelas pada paparan AMOLED yang menerima skor tertinggi dalam analisis paparan DisplayMate. Xiaomi 12 Series juga berkemampuan untuk menyokong format HDR10+ dan Dolby Vision. Kalau itu masih belum menyakinkan anda, barisan Xiaomi 12 hadir dilindungi oleh lapisan gelas pelindung Corning® Gorilla® Glass Victus® yang paling kukuh lantas memancarkan butiran lebih jelas dengan ketepatan biasan warna.

Sistem Stereo Sebenar

Bagi meningkatkan pengalaman audio yang hebat setanding visualnya, Xiaomi 12 Pro disempurnakan dengan sistem pembesar suara quad dengan dua tweeter dan dua woofer oleh Harmon Kardon. Begitu juga dengan Siri Xiaomi 12 yang menampilkan dwi pembesar suara dari Harman Kardon. Kedua-dua telefon pintar premium ini bakal menperdengarkan pengalaman audio yang mengasyikkan; dikuasakan oleh Dolby Atmos® meliputi rangkaian butiran bunyi yang menakjubkan!

Pengecasan 120W Jimat Masa

Menarik tentang bateri pada telefon ini, ia adalah bateri sel tunggal pertama pada kapasiti setinggi itu. Untuk menyampaikan pengalaman sinematik serta hiburan yang hebat tanpa henti, Xiaomi 12 Pro mempertingkatkan kasapiti 4,600mAh yang dilengkapi dengan teknologi HyperCharge 120W Xiaomi. Demikian, Xiaomi 12 pula mempunyai bateri 4,500mAh dan menyokong pengecasan turbo berwayar 67W dan 50W tanpa wayar Xiaomi.

Pakej perkhidmatan VIP Pertama Xiaomi

Prapesan mana-mana telefon pintar premium Xiaomi 12 Series. Sekali gus, anda bakal dimanjakan dengan perkhidmatan VIP Xiaomi dengan beroleh penggantian skrin percuma, waranti selama 2 tahun, peningkatan OS Android untuk 3 tahun serta peningkatan keselamatan selama 4 tahun!

Setiap pembelian Xiaomi 12 atau Xiaomi 12 Pro juga akan memberi anda akses kepada hadiah premium percuma bernilai sehingga RM 2197**. Ia bakal dihantar terus di muka pintu setelah anda membeli peranti flagship baharu daripada Xiaomi Store yang sah berhampiran anda.

Jangan tunggu lagi, tempah telefon pintar premium Siri Xiaomi 12 anda sekarang!

Pautan berkaitan: JAM TANGAN PINTAR MEWAH TERHANGAT!